wahh...sibuknya aku. ecehhh... aku dengan rajinnya telah mencipta dua lagi blog baru selain simply us iaitu Anakku Sayang dan juga Aku3G. saja aku nak mengasing-asingkan idea yang terbayang di dalam tempurung kepalaku. well..tak tau aku rajin nak mengupdatekan kesemuanya atau tak lepas nih...aha..jangan jadi penyapu baru sudah. tapi, semuanya terpulang pada mood of the day aku la...jenguk-jenguk la yerkkk..
hari ni aku nyer mr.D demam. kesian dia,kan?? heee..tapi aku jenis isteri yang tak reti nak meredakan kesakitan suami. Setakat menghulurkan segelas air suam bersama dua biji panadol, itu jer yang termampu aku lakukan. nak mengurut-urut ni, aku memang fail. liat sungguh.... aku tak suka mengurut. sejak kecik lagi...aku sering mengelak setiap kali ayah aku minta kami anak-anak mengerumuninya untuk diurut sebelum beliau tido. biasanya anak-anak akan urut beliau sampai beliau tertido...seronokla tu kena urut. heee...bila sedar beliau dah berdengkur, senyap-senyap sorang demi sorang cabut. kemudian terus buat-buat tido coz apabila beliau tersedar semula nama sorang-sorang akan dipetik untuk mengurut. haiya...begitu juga halnya mr.d. sorry yer, bapanya. Tapi mr.D suka ngurut bini dia. especially bahagian telapak kaki....fuhhh...lega. yalah, badan besar...bila jalan-jalan memang sakit berdenyut tapak kaki yang kecik menahan puluhan kilo empunya badan.
nanti pagi, kira-kira jam 7am nak pegi hantar anak buah ke Uitm pula. Hari ni registration pelajar baru. ishh...senak perut pula aku. esok harus la pulak aku ke faculty menggendong puteri intan payung aku ni. aiyooo..harap-harap jangan timbulkan kekecohan, dah ler..
lagi satu, hari ni aku gi tolong jiran memasak untuk rumah terbuka raya. wakakaka....nampaknya, haruslah aku tunjukkan skill kuali aku kat depa. iyo o jer, kan?? aku nak masak rendang dan juga ikan asam pedas untuk depa. sentuhan magic yang bisa membuat orang terkenang-kenang. aiseyyymannn....
k lah..nak tido dah. tadi sibuk pasang nuffnang pada blog baru. tak puas hati lagi nih pasal kedudukan tak berapa tepat dan iklan tak berapa cantik nak function. tunggulah...free-free aku adjust balik.
happy sunday every1. Peace b with uols.
No comments:
Post a Comment