mrsd yang tengah melayan blues di dalam toilet terkejut besar. dada mrsd derdetap detup detummm tebabommm....apa lagi tu?? kedengaran suara jiran-jiran bertanya. Kenapa tu?? kendian kedengaran bunyi budak-budak berlarian menuju ke satu arah. Aku yang sedang #!@&^ tak sedap hati. cepat-cepat menghentikan aktiviti. kang terjaga pula si kecik.
kecoh bukan main lagi. aku pun nak menyibuk juga. kata hidup berjiran...tak berani pula aku gi tengok secara dekat. jiran aku yang sedang memasak depan rumah aku shussss...shussss,kan. (aku terasa diri cam dalam movie mommy jarum pula). Jiran tersenyum. aku pun selamba jer tanya . "kenapa orang tu?"..."dia marahkan emak dia gi lepak kat umah orang atas." owhhh...kataku. tapi aku tak puas hati lagi. "budak kecik ker apa perempuan tu?". ~~dah tingkatan 3 atau 4 kot.~~ uihhh. bukan budak kecik lagi lah dia. dah besar panjang dah tu. anak dara.. jiran aku menambah lagi..hari tu dia marah kat emak dia juga. sampai gi bakar tilam. Mak aiehhh.. kes berat ni. ~~anak sulung dalam keluarga tu..ada baran sikit.~~ aku tanya lagi. Manja sangat ker orangnya?? ~~memang dia cam gitu...panas baran.~~. dialog end.
aku pun masuk semula ke dalam rumah. terus gi jenguk si kecik yang baru jer tido. patutlah menangis tadi. ngantuk sangat rupanya. senang jer dia lelap. Takut pula aku anak aku terkejut dengar jeritan gegak gempita drama swasta tak berbayar tadi. macam-macam lah...
atau...mungkinkah budak itu ada masalah dalam mengawal emosi. takkan emak gi lepak umah jiran pun tak boleh?? tak kan tak boleh pergi panggil cara elok-elok. ni tak..terus menggamuk kasi gempar satu flat. tak suka la suasana bikin gabra cam gini...apa boleh buat. kata hidup kat kondo. haha...
No comments:
Post a Comment