Showing posts with label Macam-macam hal la pula. Show all posts
Showing posts with label Macam-macam hal la pula. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

Hati Wanita

berurusan dengan wanita ni, mudah jer..berlembut dalam budi bicara. Andainya wanita dikasari, kekadang boleh berdiam diri dan kekadang akan response di luar jangkaan. seorang wanita yang tercalar dengan kata-kata berbisa pasangannya mungkin akan response balik setelah cuba memendam rasa. awas ya andainya Wanita asyik menyimpan rasa, suatu hari pasti Tsunami. Jangan kata wanita itu kurang ajar andainya yang trigger kemarahan dia adalah pasangannya. Andai hatinya tak terguris, pasti dia tunduk taat. Jangan kata Wanita tak menghormati pasangannya seandainya pasangannya begitu mudah menghadiahkan kata-kata berbisa buat halwa telinganya. 

Wanita tak akan berdiam diri.What u give, u get back!!! Jangan ingat setelah dihiris-hiris hatinya, wanita terus melupakan. memaafkan iya...tapi melupakan tidak. Bagaikan sebiji gelas yang pecah berderai, andai dicantum semula pasti kelihatan ketidaksempurnaannya. begitulah hati wanita..dan andainya gelas yang dicantum itu digam, dipastri bagai sekali pun tapi terus dibaling ke dinding berkali-kali sudah pasti yang tinggal debuan-debuan kaca yang sudah tidak bermakna. Apa lagi Wanita yang dikasari tubuhnya. Pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Kesannya kepada psikologi wanita berkenaan dan anak-anak yang menyaksikan.

Cuma tunggu masa dan ketika. memang ada wanita yang akan menerima segalanya dan memaafkan atas dasar cinta dan kasih pada pasangannya. tak kisah diperlakukan seperti bola. tapi sampai bila??? tentu ada tahap kesabarannya,kan?? Hati wanita bagaikan dinding. setiap kali disakiti, hatinya seolah-olah dipakukan. Apabila paku tersebut dicabut, pasti ada lubang atau kesan pada dinding tersebut.

jadi, kepada sesiapa sang suami yang sanggup menyakiti bini baik secara  fizikal dan mental tak kiralah dengan bahasa berbisa atau kekuatannya..ingatlah. Kalau dah rasa bini tu bola, rasa nak menendang-nendang, let her go. lepaskanlah dengan sebaik mungkin. Memang betul anda kuat. tapi bila tunjuk kekuatan pada seorang wanita, itu dayus namanya. Jangan gunakan kekerasan untuk menundukkan wanita agar wanita taat dan hormat pada anda kerana perkara sebaliknya yang anda dapat. Pasangan adalah cerminan diri anda..biasannya pasti akan terkena anda semula.


Friday, March 2, 2012

duitmu duitku jua..duitku duitku jua...

tajuk diskusi wanita hari ini tv3. cam seronok jer,kan??? tetamu undangan si Khai dan Rosma. Bini si Khai ni maintain jer mantoppp. semakin sweet gitu. daripada riak wajah mereka, sepertinya mereka melalui fasa rumah tangga yang bahagia, gitu. tahniah..tahniah..well, sepanjang mengikuti diskusi ini, mrsd terkedu dan geli hati apabila ada segmen temuramah kisah benar, pasal seorang wanita ni mengaku culture shock kawen ngan orang kaya. "kekadang sampai 5k shopping satu bulan. semua akaun suami, saya yang pegang. ke-5 akaun suami ada pada saya. termasuk card dan pin no. sekali. apa saya nak, saya boleh beli. duit saya, tetap duit saya tapi saya guna juga duit suami tanpa izin. salah suami saya juga tak didik saya dalam berbelanja. suami saya tak perlu bagi duit kat emak bapa dia pasal emak bapa dia pun kaya. ada business. baik bagi duit kat emak bapa saya. mereka lagi memerlukan. lagipula, saya nak berbelanja sesuka hati saya daripada suami berbelanja or ada perempuan lain. baru puas hati." lebih kurang cam gitulah dialog wanita yang dikenali dengan nama Zairin.

aku tergelak. fuyooo...punya baik suami dia, bagi semua $$$$ kat bini dia. tapi dalam hati aku. kekadang lelaki ni, ada udang di sebalik mee. duit boleh cari....jangan2 si suami ada bini lain kat luar, sudah ler. so, untuk cover rasa serba salah, dibiarnya isteri menggunakan duit dia sesuka hati. who knows....segala-galanya mungkin. nak duit ker nak suami, then?? hehe

ish ish ish...cam mana ek rasanya jadi orang kaya. boleh spend duit untuk apa2 jer yang kita suka...sweep sana sweep sini...money pula lai-lai tanpa pening2. hurmmm...aku mula berangan la pula. kalaulah aku kaya...perkara pertama yang aku nak buat, bayar aku nyer PTPTN. bolehlah gi keluar negera melancong and melencong bersama keluarga. lagipula, aku dan suami masih belum gi Honeymoon--->"tertunda" gitu. aku nak gi shopping bagai ratu. nak tu..nak ni..nak tu...nak ni...fuyooooo!!! bestnya.

tok..tok..tok...aku ketuk kepala aku sendiri. ishh indahnya angan-angan aku ni. angan-angan Minah Jenin. Bila buka mata, tup tup tup...jatuh menyembah tanah. menyempat pula berangan tinggi melangit ketika panjat pokok kelapa, yer?? 

apapun, aku bersyukur dengan kehidupan yang aku lalui kini. well, sekarang ini semuanya hasil penat lelah suami. dan aku setakat jadi pengurus kewangan keluarga. so, aku tau la untung rugi turun naik "saham" pendapatan laki aku. takda maknanya nak bershopping sakan untuk diri sendiri. sedangkan berbelanja untuk membeli pakaian sendiri pun, jarang sekali. kena fikir berkali-kali. dah elok-elok belek baju, diri dah teringin nih...bila tengok harga. hati mula tawar nak memakai. mahal gitu..lebih baik beli untuk anak---->huggies. fuhhhh. makin mahal pula lampin pakai buang sekarang. lagi-lagilah Huggies Ultra, mahal sungguh. ari tu terbeli time promosi jer. sekarang takda promosi, harga mencecah rm50++.  nak bagi dia pakai yang murah-murah untuk jimatkan perbelanjaan hidup, kesian pula tengok kulit dia keradangan. so...huggies( merah) is the best untuk si kecik kami. . tak ada pula istilah duitmu duitku. pasal, aku tak "tax" pun duit suami aku. semuanya cukup-cukup untuk kami meneruskan hidup...duit cukup untuk makan..bayar bill ..kereta...minyak....kata orang, "masih boleh hidup lagi".  tu la pasal  istilah "duitmu duitku" tidak sesuai dalam perlayaran bahtera rumah tangga kami setakat ini.


Bersyukur selalu.

Tuesday, February 28, 2012

Sistem bergilir la pula

haha..mesti ko orang yang dah beranak pinak terlebih dahulu dari mrsd melalui pengalaman ini. well...apa nak buat. sekarang, semenjak anak mrsd dah pandai berjalan. sangat ligat dia. ke sana ke mari. hadoii..fening-fening. paling susah, time makan. dia nak juga ganggu "perjalanan meja makan" dengan karenah dia. sekarang ni, we all kena lalui satu sistem. sistem bergilir. tak boleh makan serentak. kalau tak, nasi tak sampai ke perut. tak rasa keenakan makanan. so....firstly, my husband. secondly, my nanny. and lastly...me. huhu...ye lah, beginilah seorang aku. tak reti nak mendahului diri sendiri. thats y my sister kata, last-last cam aku plak kena buli. tak apalah. sabar jer lah.

well, dengan erti kata lain. mr. hubby tengah mengadap meja makan sekarang. baby pula menyepah Lego kat ruang tamu. si Nanny pula watching movie; VANILLA vs COKLAT. best gak cerita tu....oklah. chaloooo. have a good rest everyone. nite.

sampai terleka...

weii..sudah-sudahla tu ngadap lappy. siap nak berblog-walking pula ko, ek?? Yer...  memang benar awak tengah emo sekarang. karang kalau perut hang emo, cam ner plak?? bb kat dalam pun nak gak makan. ko nih....macam lupa ko tengah preggy plak. hehehe...iye lah..iye lah...masa untuk masak-masak, uols. mrd pun tak sound-sound gak ni. no sms. no call. dia balik umah makan ke tak ni??  hurmm..tak per lah. kang aku tak masak, tak makan plak nanny aku ni. sigh...ciao!!



apa kejadah ni??


refer semula title entry mrsd diatas. ulang semula. Apa kejadah nya semua ini??? terkejut aku melihat kejadian seumpama ini. Ya Tuhan. apa dah jadi dengan manusia sekarang. Budak-budak ini adalah amanah. dan Taska yang dipilih seharusnya memegang AMANAH ini dengan sebaik mungkin. kesian sesangat mrd tengok keadaan seumpama ini. rasanya semua ibu akan mengucap panjang melihat pendedahan video di atas. meski bukan anak kita sendiri, sebak jer dada ini. lagilah kalau anak kita sendiri yang kena. sedihnya. 


Cuma yang termampu mrd nak katakan disini; SAMPAINYA HATI KALIAN MEMPERLAKUKAN BUDAK-BUDAK NI SEBEGINI. mungkin memudahkan kerja ko orang kot balut budak2 ni so that diam dan tido, tapi ko orang telah melakukan penderaan OK!! siap tutup mulut dengan selotep lagi. ini yang kita nampak..mungkin ada lagi penderaan lain dilakukan. psycho sungguh. MANA PERGINYA HATI KO ORANG??? cuba buat kat ko orang cam gitu. apa perasaan ko orang. tak sanggup dan tak reti nak jaga budak, baik jangan buka so-called tadika or daycare la. balik kampung tanam jagung lagi baik. 


ishhh..petang-petang begini dah buat mrsd emo pula. ialah, mrsd pun ada niat nak hantar anak ke daycare. tapi sekarang kena berfikir lagi dan lagi dan lagiiiiii. if anything happen, menyesal seumur hidup pun tak berguna. orang lain tak akan menyayangi anak kita sebagaimana kita menyayangi anak  sendiri. Oh my....jauh-jauhkanlah aku dari berjumpa orang sebegini.

kesal mode.


Mimpi itu...petanda? R.I.P.


selesai jer aku menaip entry pasal mimpi aku tadi. aku lihat kat group family aku ada buzz anouncement. hurmm, aku pun buka nak tengok. terkejut dengan post. BERITA KELUARGA. 

buat semua keluarga yg terdekat, ukun Udau sudahpun meninggalkan kita pagi semalam,,,may his Soul Rest In Peace,,,amen,,, — at Taman Tunku

hurmm..kebetulan or petanda? mrsd baru jer terima berita...bapa mertua abang aku baru jer meninggal dunia semalam, kira-kira jam 3pagi tadi. sangat mengejut. last aku jumpa dia time krismas 2011. itupun, dengar khabar dia dah lama tak balik kampung pasal gi uruskan IC anak dia dengan bini pertama dulu. aku jumpa dia malam krismas ketika mendiang datang beli SKOL empat tin. sempat gak aku bertanya khabar berita dia..

kan aku tulis dalam entry : cat putih jadi hitam, biasanya mimpi aku selalunya berupa amaran ataupun petanda awal...bukan nak percaya, tapi sometimes kebetulan..dan adakah itu betul satu kebetulan??hurmmmm. baru tadi tertanya-tanya apakah maknanya mimpiku.. 


God have mercy on him. Rest in Peace, mpek Udau.


Friday, February 10, 2012

3 minggu

ya,, tiga minggu menunggu my lappy utk dibaiki. ingatkan boleh lah nak update blog sementara free sekarang ini. sabo jer lah. mrsd menaip entry ini guna tab mrd. huhu. apapun, thanks kat nufnang. lama tak update blog,, ada gak increase msd punya *rm.

mrsd juga berharap my lucky G.A dan best comentor blog mrd dah menerima parcel yang telah mrsd hantarkan.. ianya bukanlah apa2 pun, semoga give away yang tak sepertinya itu diterima seadanya. biasalah,, pemberian dari "aku anak kampung".

kepada sesiapa yang follow2 Blog mrsd,, thanks ya.
nyte.

Friday, February 3, 2012

bijak yang merbahaya

hai uols..
buat apa tu?? aku dan baby sedang berkurung dalam bilik. kalau kat luar, kesana kemari dia berlari. kesiankan badan mrsd yang gedempal ni, si nanny terpaksa berkejaran untuk mendapatkan si kecik. bahaya....dapur we all tak dok penghalang. nakknya budak ni bermandikan minyak panas or air panas. sekarang, dia pandai terus meluru ke toilet or bilik mandi kalau we all pegi berurusan. pandai mencari ni...hisshhh.. lagi satu, budak ni suka sangat main soket elektrik. naknya kita orang terleka, abislah...dah kena halang dengan kerusi pun, dia pandai tumbangkan kerusi tersebut dan menyelit. budak nihhh...dangerous clever...

hari ni tekak mrsd sakit. mungkin nak demam kot. tadi petang, rasa penat semacam. loya pun ada. pening pun ada. aku mengandung ker?? hehe...na hi. tak de lah...kalau ada, i m the happiest person. tengok orang mengandung and berbb baru, terasa mengidam nak memboyot lagi. well...mrsd nak 4 ke 5 orang, tau. haha..mampu kah aku??? i mean..dah agak berusia ni...dah senja utk sebuah kilang yang produktif. mesin banyak yang rosak dah..hadeii..

well..now, suara dah semacam jer. bunyi itik.....haha...rasanya esok, sah2 suara hilang kot. hadoiii..tension la tu macam. oklah, need to stop now. si kecik dah mula jeles. minta dukung. sekarang bertambah mengada-ngada. dulu pandai meluru ke arah mrsd kalau menangis or nak something. sekarang lain. dia akan menangis di tempat di mana dia berada. statik. dia nak mrsd yang ambik dia. aiyooo..manja kuat o ni budak.

k lah...nak layan tuan puteri duluan.

goodnite,

Tuesday, November 29, 2011

BFF



Touching mode...


Sunday, September 11, 2011

Seronoknya

ya. aku rasa seronok. seminggu dua ni, aku tak merajinkan diri untuk membaca post orang kat public wall. heee...Selalunya aku buat "ulangkaji" setiap kali aku ketinggalan sehari tidak membuka buku. Rajin aku belek-belek Older post. konon-kononnya nak baca perkembangan atau penyampaian message facebookers  di wall walaupun takda kena mengena dengan aku. macam baca suratkhabar sambil minum kopi..like..ooo si polan pegi sini...si polan makan itu... si polan sedang marah....si polan minat lagu ini...ect....

Now i can feel the different, aku rasa tenang dan aman dalam duniaku tanpa memperdulikan apa yang orang luar sana fikirkan atau perkatakan. isue-isue yang membuatkan aku berfikir, berfikir dan berfikir...tak berkesudahan. Dan paling tak suka dengan orang punya provocation quotes. tak nak baca pun, bila dah terpampang depan mata... automatically, terbaca la pula. hishhhh....tapi aku masuk facebook sekadar untuk memaklumkan aku punya blog update. haha..siapa yang nak baca, go on. sapa tak nak..sukahati lah. aku saja nak tempek kat post wall kasi semak mata kawan-kawan facebook tengok. Bila menyampah nampak aku nyer post, boleh pulak nak tekan. haha..taktik..taktik..kononnya lah. anyway, aku tak kisah pun orang nak baca ke tak. tapi aku tetap nak tempekkan juga...Puas hati aku.

sibuknya aku

wahh...sibuknya aku. ecehhh... aku dengan rajinnya telah mencipta dua lagi blog baru selain simply us iaitu Anakku Sayang dan juga Aku3G. saja aku nak mengasing-asingkan idea yang terbayang di dalam tempurung kepalaku. well..tak tau aku rajin nak mengupdatekan kesemuanya atau tak lepas nih...aha..jangan jadi penyapu baru sudah. tapi, semuanya terpulang pada mood of the day aku  la...jenguk-jenguk la yerkkk..

hari ni aku nyer mr.D demam. kesian dia,kan?? heee..tapi aku jenis isteri yang tak reti nak meredakan kesakitan suami. Setakat menghulurkan segelas air suam bersama dua biji panadol, itu jer yang termampu aku lakukan. nak mengurut-urut ni, aku memang fail. liat sungguh.... aku tak suka mengurut. sejak kecik lagi...aku sering mengelak setiap kali ayah aku minta kami anak-anak mengerumuninya untuk diurut sebelum beliau tido. biasanya anak-anak akan urut beliau sampai beliau tertido...seronokla tu kena urut. heee...bila sedar beliau dah berdengkur, senyap-senyap sorang demi sorang cabut. kemudian terus buat-buat tido coz apabila beliau tersedar semula nama sorang-sorang akan dipetik untuk mengurut. haiya...begitu juga halnya mr.d. sorry yer, bapanya. Tapi mr.D suka ngurut bini dia. especially bahagian telapak kaki....fuhhh...lega. yalah, badan besar...bila jalan-jalan memang sakit berdenyut tapak kaki yang kecik menahan puluhan kilo empunya badan.

nanti pagi, kira-kira jam 7am nak pegi hantar anak buah ke Uitm pula. Hari ni registration pelajar baru. ishh...senak perut pula aku. esok harus la pulak aku ke faculty menggendong puteri intan payung aku ni. aiyooo..harap-harap jangan timbulkan kekecohan, dah ler..

lagi satu, hari ni aku gi tolong jiran memasak untuk rumah terbuka raya. wakakaka....nampaknya, haruslah aku tunjukkan skill kuali aku kat depa. iyo o jer, kan??  aku nak masak rendang dan juga ikan asam pedas untuk depa. sentuhan magic yang bisa membuat orang terkenang-kenang. aiseyyymannn....

k lah..nak tido dah. tadi sibuk pasang nuffnang pada blog baru.  tak puas hati lagi nih pasal kedudukan tak berapa tepat dan iklan tak berapa cantik nak function. tunggulah...free-free aku adjust balik.

happy sunday every1. Peace b with uols.

Friday, August 26, 2011

Tips keselamatan Sempena Musim Perayaan

selamat tengah hari uols..
Aku baru jer mengikuti program WHI...tak lah tumpukan perhatian sepenuhnya di depan tv. Sambil dodoikan anak, sambil-sambil pasang telinga. Sejak ada anak ni, tak da maknanya aku tercongok di depan tv. Time pantang dulu, iye lah. coz time tu baring jer...tak leh nak buat apa-apa. So, baring depan tv jer lah. itupun mak mertua aku bising. suruh masuk bilik. berkurung. tak baik untuk mata coz after bersalin semua urat-urat saraf wanita lemah. Masuk bilik pun tak leh nak on air-cond. Masuk angin. fuhhh...tension gak aku rasa. Tapi aku ni boleh tahan degil. kira-kira 2 minggu jer aku bertutup litup. aku rasa panas memanjang. Terpakai lah aku seluar pendek dan t-shirt jer. Mak aku pun bising gak...iye lah. mak sendiri, buak deq jer lah walaupun dibebelnya aku 24 jam. hadeiii....

Ya, response aku pasal keselamatan yang dibincangkan. Keselamatan merujuk kepada  diri sendiri, keluarga, rakan taulan serta harta benda. Rasanya sekarang kehidupan sungguh tak selamat. Baik di desa, bandar dan juga walau di mana-mana kita berada. Menggerunkan, bukan?? Selamatkah kita dengan kenderaan yang kita guna? selamatkah kita di dalam rumah kita? selamatkah anak-anak kita dengan permainan mereka?? selamatkah??? selamatkah??? aku jadi takut memikirkannya.

Tak kira dalam apa jua keadaan, hidup ini penuh dengan risiko. cuma terpulang pada kita bagaimana untuk mengatasi segala musibah yang menimpa. sesungguhnya tiada seorang pun yang terkecuali dengan risiko.

 Apa yang penting...berhati-hatilah dan berwaspadalah. Mungkin kita ditimpa sesuatu yang diluar dugaan kita, diluar kawalan kita. Percayalah...setiap sesuatu yang terjadi, ada hikmah di sebaliknya.

HIDUP PENUH BERISIKO.


Sunday, August 21, 2011

Satu petang di hari sabtu

semalam, mrs. Daniel sekeluarga melepakkan diri di Jusco. Saja nak tengok kemeriahan minggu terakhir sebelum Ramadan tamat. Kenapa aku katakan minggu terakhir walaupun ada 10 hari lagi nak beraya sakan. coz minggu ni umat Islam yang merayakan Hari Raya still lagi berlegar-legar di hypermarket untuk last minute shopping. Rasanya next week, dah mula balik. Cuti pun dah ambik. Anak-anak pun dah cuti sekolah. Tunggu apa lagi...plus, bersempena cuti SeMalaysia ni, semua citizen pun nak ambik kesempatan bersama family tercinta. so, lenganglah KL nanti..we all pun plan nak balik kampung gak. yayyyy!! balik kampung Oo balik kampung...hati riang. Semalam punya kisah...Biorlah gambo berbicara.

kedai makanan ringan baru dibuka..ramai orang serbu weii...

Manggo for free...selamba giler sumbat kat mulut eh. hehe....

 with her aunt.

 Artis AF perform.

 menyempat nih...baju kotor dek biscuit. tak pose ker dik?? heee...

 nangis la pula....kita sibuk nak pakaikan baju..dia pun sibuk pusing sana sini

 Di mana-mana pun boleh...tak kisah. aku kan masih kecik. hee...

 Sempat gak tengok upin dan ipin...comelnyer.

conclusion :
Meriah sungguh suasana di Jusco pada hari tersebut. cam ada barang free kena offer kat semua. Well..happy tengok rakyat malaysia hidup aman damai. Cam gini, kan elok. tak nak lah gaduh-gaduh atau kontroversi or provokasi.