Showing posts with label response perkongsian umum. Show all posts
Showing posts with label response perkongsian umum. Show all posts

Friday, October 14, 2011

Isteri Bukan Kuli

hurmmm...satu isu yang menarik dikupas oleh Wanita Hari ini. Well...isu ni tak pernah habis dan tak akan habis. banyak yang melaluinya. memang betul isteri tugas dia menjaga makan minum pakai suami sehinggalah aktiviti katil. tapi...tak suka lah laki yang suka mengarah-arah. macam boss. dah la mengarah bukan dengan nada kasih, tapi dengan kasar..dengan herdikan. macam...isteri susah payah memasak...bukannya dapat pujian. sebaliknya ada-ada jer yang tak kena...masin lah...terlebih itu lah....mak ai tak masak cam gini lah....haiyooyoo. bini dah la dengan lapang hati memasak dengan harapan suami terchinta akan menghargai usahanya. lepas tu...bini tengah lipat baju...anak nangis....Yang nak Milo kaw secawan...Yang nak ini...nak itu....sedangkan bini dia berhempas pulas menyiapkan tugasan harian agar menyenangkan mata si suami. nak pula melayan karenah anak-anak yang memekak, sepah sana sepah sini....bini boleh penat weiii..walaupun dia tak kuar gi keje cam suami dia. 

Bila bini merintih sikit, sang suami kata..."ko pergi cari duit, aku jaga rumah". pedih tau ayat tu... makan dalam sehhh... dan...sekiranya situasi sebegini berterusan-berterusan, maka hati bini boleh menjadi tawar. perempuan ni lain...kalau hati dah tawar...sungguh tawar. tak boleh tawar-menawar, gitu. sampai bila bab katil-katil, wanita tak nak dah layan suami. hati dah ke tempat lain....maka, timbul pula masalah kepuasan. sampai akhirnya wanita langsung tak bagi peluang untuk suami menyentuh dirinya, pasal makan dalam yang lama-lama tersimpan akhirnya menjadi dendam walaupun sebenarnya bini tersebut tak berniat sedemikian. parah...parah....

so, bagi mrsd..dalam berumah tangga ni. kena bertolak ansur lah...banyak hati yang fragile. Dalam bahasa kayan "meng bara lakin". maksudnya...jangan tunjuk "lelaki" yang tak bertempat lah. tolong menolong...bahasa tu penting. jangan senang-senang tabur kata-kata berduri kat pasangan. mungkin hari ni dia telan jer duri tersebut. tapi awas, duri tersebut melekat di mana-mana...tekak ker...hati ker..usus dia ker...bahaya tu. kekadang diam bukan tandanya setuju...sebaliknya Makan Dalam yang lama-lama menjadi dendam. Kita berkahwin bukan setahun dua...tapi sepanjang hayat. lainlah...kalau nak bercerai. jalan penyelesaian yang paling mudah kot...mudah ker??? lagi banyak masalah, timbul tau...so, yang satu tu...sayang-sayangilah dia sementara masih ada peluang.

Well, bak kata tetamu jemputan WHI tadi....di awal perkahwinan, bini bukan main lagi manjakan suami. tolong bukakan baju...tolong cabut stokin busuk suami...wowwww....i never do that to my husband. isshh, kalau aku buat cam gitu, sah-sah mrd ingat aku buang tabiat kot. but then...sampai bila boleh memanjakan suami cam gitu....setahun dua....seorang anak dua...boleh lagi...tunggu lima tahun...anak berderet....dan husband expect the same thing goes on..bini sah-sah terasa diri menjadi kuli dah...kuli yang loyal plak tu. mengikuttt jer telunjuk hubby dia. mak aiehh...tipah tak sanggup weii. Suami kena la praktikal dan bertoleransi. Dulu, time ngorat bini..bukan main rajin lagi...siap gi ambik dan nganto balik keja. bila dah beranak pinak...pandai-pandai hang la balik sendiri. biasa la tu....tapi kalau memang ada bini yang maintain layan sang suami cam hari pertama bergelar suami isteri, memang mrsd tabik springgggg kat wanita tersebut. engkaulah wanita mulia. Bukan mrsd nak ajak wanita-wanita kini kurang hajaq....tapi, agak-agaklah weiii... ada batasannya.

jadi...sayangi bini. bini bukan kuli... Bagus juga kupasan Wanita Hari ini. kalaulah para lelaki boleh menonton rancangan ini sekali. tapi....mereka bekerja pula time nih. haiyaya...apa kata, rancangan ini ditukar pada jam 7 malam ker...saat yang paling tepat sang suami bertenggek di depan tv. hiii....

Tuesday, October 11, 2011

Haruan oh Haruan!!

uols...
haruan sangat berguna untuk mengubati luka. Luka dalaman maupun luaran. Time mrsd beranak dulu...oppss...melalui tetingkap jerk.  mrsd kena minum pati haruan. sebotol untuk setiap hari. baunya...yearkkk..meloyakan. mrsd kena tutup hidung sebelum menelan tu pati haruan. last-last mrsd dapat petua.

mrsd rendamkan sebotol pati haruan tu dalam air panas. lepas tu...teguk bila pati haruan tu still panas. bukan time panas sesangat la..giler nak teguk time panas giler..haha..ada yang melecur plak nanti. memang betul. selama 2 minggu mrsd dok hirup pati ikan haruan...luka bedah mrsd cepat jer sembuh. tapi kat blah dalam tak tau lagi arrr..kat luar memang dah kering dah...mrsd tau blah dalam still luka coz bila mrsd gerak lasak sikit, blah dalam rasa ngilu.


ok..itu bab pati haruan. bab haruan makan anak plak...hadehhh. tak kiralah siapa haruan tersebut. yang penting, haruan adalah seseorang yang diamanahkan untuk menjaga sesuatu...lebih kurang Pagar gak lah..."pagar makan padi". adalah satu kisah tu...kisah benar uols. dia sangat berkedudukan dalam pekerjaan kerajaan. ada gelaran pula dalam agama. rupa-rupanya dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki sejenis. bila ditanya bininya...dia kata, "budak" tersebut adalah "budak bermasalah". dia nak bimbing "budak" tu ke jalan yang benar. ya ampun....kesian bini dia kena kelentong habis-habisan. dah la "budak" tu siap pegi tido lagi kat rumah dia orang. si bini pun innocent jerk..tak berprasangka burok ke atas suami yang jahanam cam dia yang bertopengkan manusia.

Cuma yang aku tak paham...kenapa si lahanat ni boleh juga diperbudak-budakkan oleh si "budak". apa jer si budak suruh, dia buat juga. Orang tu dah la tua... napa cam tak berpendirian ek?? ikut jer telunjuk "budak" tersebut. kenapa ya?? bila lelaki suka lelaki.....aku jadi pelik. sangat pelik. aku tak faham apa yang difikir depa...aku tak faham. sangat-sangat tak paham. tak takut bila kubur kata Mari ker??...lagi-lagi yang dah ada family tu. runtuh lah institusi kekeluargaan kalau ramai insan cam gini wujud. phiewww...

Haruan..oh haruannn....

Lelaki memang merbahaya!!

hai uols...
Lelaki Merbahaya!! itu yang mrsd simpulkan. asal jer lelaki....tak kiralah lelaki tulin or lelaki jadian. bahayaaaa....mereka punyai senjata yang tiada pada kaum hawa. well..sebab itu lah mereka dinamakan  lelaki. teringat pesanan emak mrsd. suatu ketika dahulu mrsd amat rapat dengan golongan "lelaki lembut".

"anak..ko ni, emak tengok terlalu rapat dengan si polan." mrsd menjawab gak time tu. " eleh mak. jangan risaulah...dia kan P%^$#N.". emak aku gerammm jer dengan jawapan aku. "dia pun manusia biasa gak..walaupun begitu. dia tetap ada naluri kelelakian. nanti tetiba TERANGKAT, bukan boleh jangka.". haha...aku tergelak jer dengar omelan emak aku yang agak konservatif pemikirannya.

dulu, boleh lah gelak. bila tengok kejadian sekarang....bapa sanggup liwat baby lelakinya. mrsd bertambah gerun. anak lelaki pun belum tentu selamat. Jangan ingat kita ada anak laki, kita boleh biarkan dia merayau-rayau berbanding anak perempuan. dunia sekarang....tak dapat perempuan, lelaki pun "depa" cekau. Rasanya, lagi membimbangkan anak lelaki kini berbanding anak perempuan. Coz kita tahu...kalau perempuan, memang kita kena jaga. Kalau lelaki...kita tak tau dunia 2 alamnya. phieww.....dunia sekarang tak selamat.

Buat lelaki...kalian adalah sandaran di dalam keluarga. kalian mendapat tempat tertinggi dalam institusi kekeluargaan. please lah....jangan jadi bapa haruan. jangan makan anak sendiri....

mrsd bersyukur kerana lelaki dalam hidup mrsd adalah lelaki tulin dan lelaki sejati. Lelaki yang layak menerima penghormatan~~~>bapa & suami<~~ tapi bukan bermakna lelaki di luar sana semuanya lelaki yang durjana. touch-wood. semoga kalian menjadi lelaki yang benar-benar lelaki. lelaki sejati yang mendapat tempat di hati kaum wanita. Gunakan kelebihan yang ada pada anda sebaik mungkin.

ini pendapat peribadi mrsd jerk. kepada kaum lelaki, janganlah terasa kalau anda bukan dari golongan yang mrsd sebutkan. ampun dan maaf erk.





Jelmaan Iblis

selamat pagi uols...
semoga uols sihat la hendaknya.  hurmmm..mrsd nyer post entry punya la ganaz. mungkin di minda kalian tertanya-tanya kenapa mrsd meletakkan tajuk yang menggerunkan ini. Mrsd punyai alasan yang tersendiri meskipun fahaman kita berbeza. mrsd nak uols tahu dan mungkin ada yang telah mengetahuinya...apapun, mrsd tetap nak share juga pasal jelmaan iblis ini.

dua hari yang lepas, mrsd godek fb. ternampaklah post seorang kawan, link Star-Online. seorang bapa sanggup meliwat babynya yang berusia 23 hari. 23 hari beb!!! bukan 23 bulan atau bukan juga 23 tahun. Hari Ok!! sekali baca, mrsd ok jer..dua tiga kali baca...emosi mrsd mula meledak. si bini pula tengah dalam pantang. si bapa aka si suami betul-betul kemaruk seks. Kenapa sampai cam gini?? apa yang difikir oleh si bapa ketika itu?? kenapa bayi kecik itu dijadikannya mangsa??

Kepala hotak mrsd terus berpusing-pusing berfikir dan berfikir. macammana agaknya alat sulit si bapa menjunam buntut kecik baby tersebut. lagilah kalau dijolok atau disodok berkali-kali. baby owhhhh....sangat kesiannnnn. apakah sang suami merasa kesedapan melakukan sebegitu dengan bayi kecik??? kenapa oiii!!! rasanya binatang pun tak buat kat anak dia cam gitu..siap depa jaga lagi anak dari didekati. Kenapa manusia yang dikarunia akal begini tak mampu berfikir?? kenapa?? sakitnya hati mrsd.


ternyata ini adalah jelmaan iblis yang melampau... dia telah merasuk ke dalam akal fikiran sang suami yang bertuankan nafsu. mrsd masih lagi mengurut-urut dada ini....Oh My God..... hanya itu yang termampu mrsd lafazkan. bapa gila...suami gila.....apapun alasannya, mrsd tak mungkin dapat terima. dah la baby tu baby laki pula. betapa nafsunya dia....nafsu binatang!!!

mrsd geram sangat.