Showing posts with label kisah kami la pula. Show all posts
Showing posts with label kisah kami la pula. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

Term and condition applied

Sengih tengah malam ON....."Bini...lapo lah...." (berulang-ulang). bini buat deq...sibuk kasi si kecik tido. tapi tak sampai hati dengar rayuan yang sayu meminta sesuatu untuk di mamam lewat malam maka mrsd terpaksa gak gi dapo. Tengah malam nak masak apa dah ekk?? maggie jer lah jawapannya. maka mrsd pun  memasaklah mee Thai dibeli khas dari terengganu. oh ya, mrsd masak kering la mee nya. time makan mrd bising. "rasa Out!". mrsd bagi signal..."orang dah masak, makan jer lah..bising plak". nak tau pasal apa mrd kata Out?? pasal dia dah biasa mee tomyam tu yang bersup. aku plak nak yang ala-ala goreng gitu. complain-complain pun, licin juga, yer mrd?? hehe...dan sewaktu mrd berjaya menghabiskan bahagiannya, mrsd memberi satu arahan. "lepas makan, jangan lupa cuci pinggan mangkuk dan kuali sekali". mrd menjeling. "Oh...rupa-rupanya ada Term and condition pula makan kali ni...bahaya sungguh." aiseyyyman..kena perli dengan mrd plak. tapi berjaya membuatkan aku dan adik perempuanku tergelak. well..mrsd malas nak pegang sabun daaa...jari jemari bermasalah pula. alergic sabun kot...tangan dah mula menggerutu. bencinya!!! huhu...

Monday, August 22, 2011

Happy 7 month old anakku

Semoga dihatimu dan hatiku tersemai rasa kedamaian yang maha indah ketika ini..
jam menunjukkan 12.25am. Maka hari isnin telah bermula. dan hari ini bermakna anak aku juga berusia 7 bulan 1 hari. happy birthday, sayang. begitu pantas masa berlalu. dan kini masa itu semakin menghimpit aku. Tinggal dua minggu lagi, mommy terpaksa dan harus memaksa diri mommy untuk membelek buku secara serious. Betapa selama 7 bulan ini, mommy terasa agak sibuk memanjang. sibuk...hurmm...dengan erti kata lain, sibuk dengan princess mommy. Dari semerah-merah bayi sehingga lah kini. Meskipun still orang panggil bayi walaupun dah berusia 7 bulan. But then, kelasakan anakku menyebabkan anakku sepertinya bukan bayi-->kanak-kanak.

Semalam, secara kebetulan dan tidak sengaja...mommy memang terniat untuk pergi ke suatu tempat yang menenangkan serta mendamaikan. sekaligus, memberi satu tanda ingatan bahawa princess mommy first time in her life time mula merasa kejernihan sungai serta kehijauan alam ketika mencecah usia 7 bulan. A good thing to remember. =) Here we go...check it out!!

 lokasi dekat cheras sana kot...masuk kampung.

 pemandangan yang ingin kita lihat.

kehijauan menyegarkan mata.
 Princess Lolo mencipta sejarah hidupnya tersendiri. 

 Selama ni mandi dalam tab jer...sekarang??? anda beran?? hampeh...beliau takut sehhhhh. heee

 melekat lah memanjang kat badan mommy dia... siap menggigil tu.

 Air sungai yang jernih....sejuk terasa sampai ke sum-sum tulang.

 Daddy with love.

simply us.

 mamam time. nasi lemak disediakan oleh daddynya si Lolo. thumbs up gitu...

 Feeding time. terpegun dengan keindahan alam sampai mulut tak mampu nak menerima makanan. haish.
 Peace from me to uols. =)

 sesekali posing ala manja apa salah,nya kan??

 Lolo's Aunt. Peace to the world.

 Aunt kena jaga dia pasal mommy lagi sibuk berenang. heee...

 haha...tido dengan nyenyaknya....first time main air, bah!!

good baby chair so mobile ehhh... pulang la pula.

: : sampai di rumah kira-kira jam 4pm. Penatnya boleh tahan gak lah...aku pun tertido di samping si kecik sepanjang perjalanan pulang. Tapi still tak puas hati nih....nak pergi lagi. Kalau boleh bermalam. haha....syiok owh. Itupun kena tunggu si kecik besar sikit lagi lah. ON PLAN. heee... : :

Syukurku juga kepada Tuhan kerana selama 7 bulan ini, si Lolo dikaruniakan tubuh badan yang sihat meskipun cikeding tapi lasak dan cergas. Paling penting cinta kasih kami terhadapmu tidak terukur oleh apapun di atas muka bumi ini.  Ketahuilah olehmu sayang, You are the very best thing ever happen in our life, Princess LoLo.

Mommy daddy loves you, dear
Muaxxx n gbu.

Sunday, August 21, 2011

Satu petang di hari sabtu

semalam, mrs. Daniel sekeluarga melepakkan diri di Jusco. Saja nak tengok kemeriahan minggu terakhir sebelum Ramadan tamat. Kenapa aku katakan minggu terakhir walaupun ada 10 hari lagi nak beraya sakan. coz minggu ni umat Islam yang merayakan Hari Raya still lagi berlegar-legar di hypermarket untuk last minute shopping. Rasanya next week, dah mula balik. Cuti pun dah ambik. Anak-anak pun dah cuti sekolah. Tunggu apa lagi...plus, bersempena cuti SeMalaysia ni, semua citizen pun nak ambik kesempatan bersama family tercinta. so, lenganglah KL nanti..we all pun plan nak balik kampung gak. yayyyy!! balik kampung Oo balik kampung...hati riang. Semalam punya kisah...Biorlah gambo berbicara.

kedai makanan ringan baru dibuka..ramai orang serbu weii...

Manggo for free...selamba giler sumbat kat mulut eh. hehe....

 with her aunt.

 Artis AF perform.

 menyempat nih...baju kotor dek biscuit. tak pose ker dik?? heee...

 nangis la pula....kita sibuk nak pakaikan baju..dia pun sibuk pusing sana sini

 Di mana-mana pun boleh...tak kisah. aku kan masih kecik. hee...

 Sempat gak tengok upin dan ipin...comelnyer.

conclusion :
Meriah sungguh suasana di Jusco pada hari tersebut. cam ada barang free kena offer kat semua. Well..happy tengok rakyat malaysia hidup aman damai. Cam gini, kan elok. tak nak lah gaduh-gaduh atau kontroversi or provokasi.

Jalan-Jalan Cari makan of the day


Pada 20/08/2011 (kena tulis tarikh wei...tu yang penting. Dalam sejarah harus ada tarikh bila sesuatu kejadian berlaku.--untuk rujukan Princess LoLo pada masa akan datang. heee) kami sekeluarga gi jejak Makanan di Parkson Meru. Tak banyak sangat pilihan dan tempat makan. Mr. D suggest 3JC-->[3(daddy, mommy+Princes Lolo) Jac Clara] memandai jer aku ek. haha.. so, aku on jerk. Pasal makan, tolak batu dan kayu jer aku tak mamam weii... nyway, ini ialah restoran Non-Halal. so minta maap bebanyak kat viewer Muslim...dah memang makanan aku. Nak buat cam mana,kan?? sorry ek.

anak mommy yang berselera makan di restoran berbanding di rumah. aisey man...

 Kue tiaw sup untuk suami.

 Nasi pulut berbungkus daun teratai. sodappp...

Penambah selera.

Mommy Portion. Big one owhhh...habis you!! haha...mee kari.

for Lolo's aunt. medium. tapi kecik jer aku tengokk...hais.

Dang it! Not for her. heee...mulut tu comot dek CERELEC, tapau dari rumah, OK!.

Slurppss...

Cara-cara menyejukkan mee yang panas, you.

Perebutan. Tolonglah..you tu masih kecik lagi... hadeiii

 sambal. sedap la juga.

Ceria sungguh dia hari ni.

Mommy suker tengok dier gumbira.

 ecehhh...muka ngada-ngada. muaxxx dier..

 Gambar kenang-kenangan la pula.

 End of the day. tapi terjaga juga. jam 3am baru masuk tido semula. Bat Lady.


Wednesday, August 17, 2011

Silap hari la pula


naper la aku terasa hari ini seolah-olah hari sabtu. tetiba tadi teringin nak tengok cerita hindustan dan nak ajak si daddy gi jalan-jalan. day dream lagi aku ni.....ye lah, ari ni memang ari cuti pun. Kalau tak silaplah, cuti Nuzul Al-Quran kot. Di tambah pula dengan suasana hening kawasan flat yang aku diami. Biasanya terdengar jerit pekik budak-budak ni nak ke sekolah, suara mak bapa budak membebel..ialah, hidup berumah pangsa. Jiran sebelah kentut pun boleh dengar...aiyaiyaiii....opps.

Semalam si daddy pulang OS. Tak sempat menghilangkan penat lelah...aku ni teringin pula membasahkan tekak aku ni dengan teh tarik sambil mencarik-carik roti canai kosong. cam mengidam la pula... si daddy pun mengkabulkan niat hati si isteri meskipun kedengaran aduan yang mengatakan beliau penat. kesiaannn...ye lah, 2 hari si daddy tak ada, sepanjang tu jugalah aku terperuk kat dalam rumah. Malas nak menuruni kayangan bersama si puteri. atleast, kalau daddynya ada, dia lah yang menggendong si kecik. Mak dia tak larat nak kendong dah si kecik ni...bawa diri sendiri pun dah payah..haiiisshhh kg. kg.

Saja nak khabaq ni. 2 hari tak gi punch card kat jusco terasa cam dunia tak lengkap la pula. kami gi minum teh di old town kopi tiam. aku minum teh c dan pekena asam pedas laksa...perghhh...memang pedas dan umpphhh..tak sangka plak old town ada asam pedas yang kaw-kaw. selama ni aku pandang sebelah mata jer old town kopitiam ni. nampaknya....he he....dan nak di jadikan cerita, terkezut mak chottt gak aku tengok ada kedai baru buka bersebelahan dengan kopitiam ni.

memandangkan aku ahli tetap jusco, sewajibnya aku mengetahui perkembangan kedai-kedai yang terdapat dalam mall tersebut. kejap kedai buka. kejap kedai gulung tikar. dan yang baru ini Country's tit bids and candy. ramai sungguh orang serbu kedainya....cuma aku takda camera jer semalam untuk dibawa bersama. Meriah uols. apa yang syokknya...orang berpusu-pusu gi try jajan-jajan yang terhidang tanpa pengawasan ketat. nak kawal cam mana?? ramai sangat orang...masing-masing panjang tangan. makan tak berbayo. tester. dengan aku-aku sekali. mula-mula aku ingatkan aku sorang jer ada niat begitu. tapi bila aku tengok orang dok panjang-panjangkan tangan, niat aku bertukar menjadi cara. aku rembat sotong merah, sotong jepun, asam pelbagai asam ect. ada gak terasa serba salah di hati ini...tapi bila lihat orang selamba badak jer menyumbat kat mulut, aku katakan pada diri "tak apa...semua orang pun buat". haha...tak kiralah bangsa yang masuk. melayu cina india bangla ect....semuanya sama. haha..disini baru konsep 1Malaysia nampak cam rata.

tapi suami aku berlagak cool. Dia pegi lah ambik manggo dengan plum asam. hambiq ko...8 slices mango kering rm9. Plum asam aku lupa check berapa harga plak.....haiya. aku puji gak lah sikap laki aku ni, tak nak makan menda  free, konon-kononnya. Actually istilah yang paling sesuai untuk menda free ini ialah "mencuri" meskipun terdapat sample disediakan. sample habis dah kena songlap...so, amek direct jer lah dari bekasnya..

Kendian ada lagi satu shopping lot. Twin Angel. kedai beg tangan. harga berpatutan dan boleh dimiliki oleh golongan sederhana cam kami. harga takda la melambung melangit....tapi tak terbeli juga olehku. setakat melihat dan survey harga jer. kami pun teruskan perjalanan ke harvey norman. haha...tujuannya, untuk menyusu. kan sofa-sofa sana empuk-empuk dan high class. aku mencari tempat yang agak tersembunyi, dan there we go...baby bf sambil rocking the sofa, you. maka tertido lah dia dengan selesanya.

last thing yang menarik perhatian aku semalam Ipad2. cam syiokk jer...display unit cam tarik-tarik jer aku mendekat dan memegang. wahhh...cam best. lalu aku dan suami pun korek info. mana la tau..hihi...dalam hati dah berbunga menyimpan harapan....sudilah kiranya kalau....hahaha....tapi kendian, minat aku beralih arah pada Samsung Galaxy Tab...i want i want...huhu....cam rasa jatuh cinta pertama kali sekali lagi jantungku tatkala membelai tubuh SGT. aku jeling suami...suami jeling aku...hurmmm...harap-harap suami faham makna jelingan aku. tapi sempat gak aku menyampaikan pesanan penaja kat beliau..."birthday aku tak lama lagi...tak nak suprise lain selain daripada SGT.." hihi.... suami plak, buat-buat tak dengar...haiya.... tapi tak apa lah, kalau tak dapat pun.sekadar kehendak jer, bukannya keperluan pun.

sesekali ku rasa teringin....

Thats y, aku ingat hari ini hari sabtu. coz kebiasaan Days-Out kita orang ialah hari Jumaat malam sabtu. Nasib baik si kecik mengejutkan aku pagi ni..tarik baju aku...tarik rambut aku...golek-golek atas badan aku. Uols nak tau, anak aku pandai minta perhatian aku dah...bukan nak buat story kat uols. serious dia pandai kejutkan aku, kekadang pandai menyusu bf sendiri dan paling penting time we all tido, dia main sorang-sorang. sampai dia nampak we all ada tanda-tanda yang we all dah bangun, baru lah dia mula mengacau...hurmmm...kalau tak, maunya si daddy turun bekerja tanpa  bersarapan pagi ini.

Saturday, August 13, 2011

Memperkenalkan...

Jeng..jeng..jeng...
dengan ini aku ingin memperkenalkan bagaimana, kenapa, siapa, apa dan segala soalan persoalan akan kewujudan blog yang tak seberapa ini. Actually, blog ini dah jauh dah perjalanan ceritanya....tapi terpaksa dibubarkan atas sebab-sebab tertentu. bayangkan...nak mulakan penulisan ini semula...fuhhhhhh. tapi disebabkan minat aku yang suka menulis ini (suka la sangat....ngekkkk), maka aku memulakan sekali lagi apa yang telah aku hapuskan sebelum ini. 

 Memperkenalkan lelaki yang kacak tampan dan bergaya ini sebagai buah hati pengarang jantung kepada diriku, Mommynya si Lolo.  silap-silap hari bulan ingatkan si dia ini chow Yun Fatt, kan?? hehe...

ini pula si kecik kami...laki ker perempuan ni??? ehehhh...i m gurlll la mommy!!!! ya, itu dia...our little princess Lolo. Masa ni umur dia mencecah 6 bulan. seorang baby gurrrl yang superb active. phiewww...tapi dia tetap permata hati mommy dan daddy dia. sayanggggg diaaa.

Lepas ni, banyak lagi yang aku kongsikan bersama anda.....
stay tune!!!