Wednesday, September 14, 2011

Perlu ker??

Semalam hari ke-2 pegi kampus. bawa si kecik sekali. owhh..terasa beratnya bebanan menjadi student dan ibu dalam satu masa. actually, OK tapi anak aku ni tak nak orang lain selain aku. tu yang terpaksa bawa ke sana ke mari. Belangkas mari. Betul-betul cabaran mrsd rasakan. Mana rasa segan lagi nak bawa anak...semalam limpas jer sekumpulan pelajar, semua pakat toleh. tapi aku tolak jer stroller dengan muka selamba. ada gak bangga sikit..pasal aku dah ada pangkat, depa tak da lagi...hahaha.....

Teringat aku ketika aku masih di alam fana remaja. time buat diploma. aku amik salah bidang. aku terpaksa amik gak. so, kepakaran dan skill totally OUT coz aku memang tau aku langsung takda bakat baik secara semula jadi atau jadi-jadian. ya..aku amik course ART and Design sehhhh.....dan betapa ketika itu terasa kepala ini seolah-olah dihempap batu setiap kali nak pegi kelas. punya malas...tak da mood...tak da momentum...setakat ke kelas ambik kehadiran dan sesekali gi klinik minta MC buat-buat sakit. haha...nakal.

berbalik kepada persoalan di atas. PERLU KER?? ya...pertanyaan yang aku ingin ajukan buat pendidik-pendidik IPTA@S sekalian. Rasanya bila student dah masuk IPT, perlu ker nak tengking-tengking student...berkasar.....lari-lari dari student apabila diperlukan?? dimana perginya PROFESIONALISM kendiri? aku...pernah nak histeria dek ketakutan pada lecturer dan juga ugutan nak gagalkan aku (pasal aku nyer design hampeh!! aku tau...tapi tak boleh ker dengan cara elok nak treat aku?? huhu..) sangat menyedihkan apabila pelajar setiap hari rasa TERPAKSA mengikuti kelas tertentu setiap hari untuk mengadap tenaga pengajar yang ADA POWER. serammm....dan ketika itu...ada juga kawan-kawan aku yang marvelous work, boleh repeat sampai 3 kali satu subject. Depa lebih terror dari aku melukis bagai...design bagai....tapi mungkin disebabkan masalah sikap pelajar tersebut, maka beliau di gagalkan. PERLU KER??

Apa bila aku memikirkan semula akan hal ini...siapakah kita untuk mempermainkan masa depan orang lain?? sedihnya. mereka juga mempunyai impian. Apatah lagi orang tua mereka...Terbayang aku akan wajah orang tuaku yang menyimpan impian besar terhadap diri ini. Andai aku kecundang di tengah jalan, pasti akan mengecewakan mereka. Sebagai anak...kita pun nak membahagiakan orang tua dengan kejayaan kita. tapi apabila kita kantoi??? taukah kita perasaan pelajar yang kantoi itu berhadapan dengan orang tuanya?? Mereka punya perasaan derrr. Taukah kita perasaan orang tua pelajar berkenaan??? fuhhh....dont play-play owh!!!...not good.

Bila teringat akan tenaga pengajar yang bersikap sedemikian....aku hanya mampu menggelengkan kepala. entahlah labu...sukahati hang lah!! Now, aku di final sem. aku jumpa lecturer yang sungguh berbudi bahasa dan lembut tutur katanya. Nak jumpa pun cam segan jer...bukan takut OK. Respect. Bestnyaaaa tenaga pengajar yang aku temui sekarang esp this semestar. tak macam ketika aku buat diploma dulu....kesal.

No comments:

Post a Comment