for the first time khidmat aku diperlukan untuk activity masak-memasak. heee...terasa gerun gak mak cik weii... ye lah, air basuhan tangan ini akan dinikmati oleh orang lain selain dari mr.d dan orang-orang yang pernah menikmati penangan basuhan tangan mak cik. Tapi mak cik buat muka cool jer lah walaupun sebenarnya gabra. chef kena tunjuk profesionalisme walau dimana dia dicampak OK! hee...
selepas menghantar anak buah aku ke kolej Perindu Uitm Shah Alam, aku memecut laju balik semula ke bukit tinggi. nasib baik jalan raya clear jer pagi ni. si kecik pun ada sama..seperti biasalah, beliau aku punya co-pilot. menyempat gak beliau menidurkan diri disepanjang perjalanan. Best. tak da karenah yang boleh mengganggu mood mommy dia yang bakal berkungfu dan bersilat dengan periuk belanga.
Aktiviti memasak berjaya dilakukan dengan tenang. Si kecik kejap-kejap kena dukung. apa punya chef import la aku nih...anak tak boleh lekang langsung. Tapi setelah semuanya selesai, si kecik pun mengantuk dan tertido sehinggalah makan-makan time. tetamu pun tiba. agak ramai gak...apa lah komen depa ek?? tapi aku tengok bertambah-tambah gak nasi masuk pinggan depa plus rendang dan ayam goreng kicap menjadi pilihan. jauh di sudut hati ini ada senyuman "tekuyung". (senyuman siput--hati kembang kempis gitu). hee... mari kita terjah masakan mak cik yang tak seberapa ini.....
tongkol asam pedas
Ayam goreng tomato
Mee Hoon Sempoi
udang Masak Sos
Rendang Ayam
mempersembahkan....tuan rumah yang bertudung.
Selesai makan, kami bertiga beranak pun mengundur diri. Rumah semakin penuh dikunjungi tetamu. diharap semuanya tanggung beressssssss!!! =)
3 comments:
waa...mesti masakan air tangan dia best...kalau org dah jemput masakkan untuk jamuan mesti best...
Wah............siap amik tempahan tuuuuuuuuuu terer kawan aku nih
heee...boleh laaa....air basuhan tangan. Chef terjun gitu. minta maaflah, gambar tak berapa cantik tersiar di atas. segan plak nak gi amik gambar depan tetamu..nanti orang kata minta puji plak. hadeiii..
Post a Comment