Friday, September 16, 2011

HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH KLANG (HTAR)

Apa dah jadi ni??? biar betul berita yang aku baca ni. seram dan seriau pula rasa hati.... para ibu-ibu yang nak beranak yang terbaca akan berita ini pasti dalam dilema. tapi tak da pilihan lain..pasrah pada nasib...walaupun benda cam gini jarang-jarang berlaku. meski sekalipun berlaku. sah-sah bikin orang takut nak gi meneran kat labour room HTAR. aku pun beranak si kecik kat situ gak....ada la juga terasa hati semasa baring keresahan di atas katil menunggu "bukaan" demi "bukaan"...boleh tahan juga la lamanya,  3 hari hari tu... jom ikuti kisah yang aku dapati tengah hangat kena POST di bloggers sekarang.

@ @ @ @ @
Seorang bayi perempuan yang baru empat hari dilahirkan mengalami kecederaan serius di muka dan mata dipercayai akibat kecuaian doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah *HTAR) di sini ketika menyambut kelahiran bayi itu.

Difahamkan bayi sulung kepada pasangan suami isteri yang baru setahun berkahwin itu tidak dapat menyusu seperti biasa kerana luka di mulut sehingga pihak hospital terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memberi susu kepada bayi terbabit yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonate (NICU) hospital berkenaan.

Ibrahim Umran, 23, berkata lebih menyedihkan sehingga sekarang pihak hospital masih gagal memberi penjelasan munasabah mengenai punca kecederaan bayinya itu, malah diherdik oleh doktro bertugas apabila beliau terus mendesak meminta penjelasan.

Selepas menunggu kelahiran anak sulung dengan penuh debaran, dua jururawat wanita membawa keluar bai dan saya sangat terkejut apabila mendapati bayi saya banyak lebam di bahagian muka. Hancur luluh hati saya apabila melihat anak sulung yang dilahirkan cedera sedangkan sepanjang tempoh kandungan, doktor mengesahkan bayi saya sempurna dan sihat. doktor yang melihat bayi saya ada mengatakan kecederaan ini mungkin kerana terkena tangan ketika proses melahirkan bayi.  apa yang dikesalkan, apabila ditanya jururawat yang menyambut kelahiran bayi saya mengapa kejadian itu berlaku, mereka hanya menjawab tak tahu. saya turut ditengking oleh doktor bertugas dengan mengatakan saya terlampau banyak bertanya serta tidak memikirkan masalah doktor yang terpaksa bekerja siang dan malam tanpa rehat mencukupi untuk merawat pesakit.


isteri saya memberitahu doktor yang menyambut kelahiran anak kami ialah doktor perempuan dan masih muda tetapi sehingga sekarang saya belum dapat menemuinya untuk meminta penjelasan. katanya yang bekerja sebagai pemandu lori ketika di temui semalam. ibrahim berkata, ketika kejadian, beliau menunggu di luar bilik bersalin sementara isterinya, Siti Aishah Abdullah, 23 menjalani pembedahan pada jam 10.15 malam, isnin lalu.

Sementara itu, ketika dihubungi jurucakap hospital berkata, pihaknya akan menyiasat kes berkenaan dengan mendapatkan maklumat dari bahagian bersalin sebelum memberikan ulasan lanjut.  Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop pula berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenainya dan siasatan sedang dijalankan.

@ @ @ @ @

ulasan aku pula....
Taknaklah menghukum semua pekerja hospital walau siapapun dia. Tak semua menjalankan tugas sambil lewa malah mereka pun tak nak kejadian serupa terjadi. Ada gak yang baik...apapun alasannya, kejadian seperti ini kalau boleh...tak nak terjadi kepada sesiapapun. tak bolehlah nak kata 'kita orang tak cukup rehat....tak tido siang malam...' kalau kita sudah sedia maklum dengan prospektus pekerjaan kita. oh ya...satu lagi, tak payahlah nak tunjuk-tunjuk garang kat pesakit. Cakap elok-elok. manis. berbudi bahasa,kan budaya kita. Elok-elok jer orang tu nak sakit, bila doktor/nurse layan dengan kata-kata yang menyenangkan..tak jadi sakit pula. kan best gitu... jangan dipengaruhi oleh emosi sendiri apabila berhadapan dengan karenah pesakit.









2 comments:

Post a Comment