Fanasss...fanass...fanasss....dah semacam isue hot pula terdapatnya cukai pada pembelian prepaid ni... kenapa nak bercukai ek?? kenapa??!! ecehh...aku mempersoalkan dengan nada penuh gaya. AKU TAK SETUJU. mak bapa aku guna prepaid weii... tak guna postpaid. Datang dari kampung ke bandar, reload prepaid..call aku yang jauh di perantauan...call si kecik, walaupun dia belum pandai berkata-kata. Mendengar tangisannya pun dah cukup mengubat kerinduan di hati datuk dan neneknya...Setelah habis, depa gi lagi topup..sedar tak sedar sampai seratus gak topup dalam dua tiga hari jer. So, kenapa nak bercukai sesuatu yang memang merupakan keperluan. Bukan orang tak guna...bukan orang tak beli....dah sah-sah dibeli. Terpaksa membeli OK. tak beli, No Call Out-No SMS-No MMS. Aku rajin gak sent mms si kecik kat datuk nenek. Di mana ruginya syarikat telekomunikasi??? Untung banyak wooo....
Oppss...aku nyer telekomunikasi BE jangan blacklist aku plak. aku cuma memberi pendapat dan pandangan tulus ikhlas yang terbuku di dalam hati ini. heee....
2 comments:
saya pun tak paham... T-T
nak mengomel banyak pun tak berani...=(
Post a Comment