Saturday, August 4, 2012

::3rd rasa::

ada hati yang terganggu. sepatutnya hati itu ceria...tapi ini adalah hari ketiga percubaan itu menduga lagi. aku tidak tahu kenapa. jauh di sudut hati ini ada satu rasa. satu getaran yang tidak bisa diungkai. apa rasaku ini sekadar rasa. atau..adakah ini petunjuk dariNya. Aku tau, setiap kali aku merasakannya...aku pasti itu satu petanda buat diriku. kenapa aku diuji sebegini?? Apa salahku... ya. aku memang banyak kesalahan. kelemahan. dan paling pasti aku bukanlah seorang manusia yang sempurna. ratap kecewa menikam dada. pedih.

aku memang tewas apabila berperang dengan bisikan hatiku. satu sudut menafikan. satu sisi lagi mengiyakan. ya, mungkin terlalu awal untuk aku membuat andaian. tunggu dan lihat sampai mana sandiwara itu tersembunyi. didepanku atau dibelakangku? aku pasrah. aku menanti. dan andainya benar....cukuplah setakat itu untuk aku mengetahui dan melalui. biar onak berduri, aku tetap akan berlalu kerana aku...cukup pantang untuk dipersenda.


No comments:

Post a Comment