Pukul 5am suda... kedengaran dengkuran kecil sang daddy. Si Princess pula sepertinya tido dengan lena...tak seperti malam semalam. Sampai tiga empat kali terjaga menyusu. Agaknya tadi dia kekenyangan aku paksa dia minum 4OZ bancuhan susu dutch lady. Nak mengharapkan susu Ori, tak cukup kot...tu yang balik-balik mencari. Kebarangkalian lapar pun ada tu...ialah, makan seciput dua jer. tu yang bikin panas setiap kali kasi dia makan. Ada-ada jer yang dia nak lakukan. sibuk sungguh....nak capai ini lah...nak pusing kiri pusing kanan...kaki menerawang....
Dulu ketika si puteri di dalam perut, mommynya rajin makan. Tak memilih pun makan..kalau boleh nak makan memanjang. tapi niat itu disekat lantaran si mommy diistiharkan Diabetis ketika hamil atau lebih famous lagi dengan sebutan GDM oleh para doktor dan missy-missy di klinik/hospital. Siap kena tahan dua tiga kali di Hospital Ampuan Rahimah, Klang. hisss hisss.....jom tengok.....
Ligat lagi waktu ni. Princess 7 bulan, Diabetis pula mari. haiya...
Hanya untuk orang yang istemewa. nasib baik la sekali sehari jer...
macam expert la pula....guna satu tangan jer.
well, yang sebenarnya sebelah tangan tangkap ni gambar laaa.
cocok..jangan tak cocok....menjadi doktor diri sendiri.
Mula-mula ngeri..tapi..alah bisa tegal biasa. hadoiii...
Lepas cocok, lap dengan kapas alcohol.
konon-kononnya menghilang sakit. tak sakit pun...heee
kekadang silap cocok, lebam la jadinya...hari tu mula-mula belajar mencocok
diri sendiri aku nak pitam. apa taknya, tengok paha pesakit lain lebam-lebam.
Terkalah emosi aku woii..yang sebenarnya, tak sakit pon...bikin malu jerk kena gelak satu wad.
Terkalah emosi aku woii..yang sebenarnya, tak sakit pon...bikin malu jerk kena gelak satu wad.
Pada hari aku disuruh ke hospital....aku kan GDM, so kena paksa
melahirkan anak dua minggu lebih awal. Tak nak rugi punya pasal, sorang-sorang
pi MCD daaa. (19/1/2011) coz lepas bersalin kena pantang. tak leh makan....
pi MCD daaa. (19/1/2011) coz lepas bersalin kena pantang. tak leh makan....
nyum..nyum..nyumm.......
memang habis aku kerjakan...wakakaka...
aku ingatkan selepas diinduce, si puteri akan lahir hari itu juga. Rupa-rupanya tidak....3 hari juga la menahan sakit. Akhirnya doktor terpaksa membuka tingkap kerana pintu terkunci. huhu....apapun, syukur Tuhan atas kenangan yang hanya di lalui oleh kaum Hawa. dan tangisan itu bergema pada 21 January 2011.
Tengoklah...berat si princess Lolo sewaktu lahir bukannya calang-calang baby. Tapi tewas oleh <3.0 ketika usia mencecah 5 bulan. Berat 5 dan 6 bulan maintain jer 6.5kg. Sekarang tak tau lah.....orang tu kan berdiet. Si mommy yang nak kurus, si anak pula yang cikeding. last-last badan si mommy pun menjadi-jadi. ish ish ish...tak tau lah.
2 comments:
awww...mcm ngeri jak cucuk diri sendiri..
haha...mula-mula begitu la..tapi akhirnya, agak pakar juga la mencari tempat yang tak terasa sakit apabila jarum membenam. tapi tak nak lalui ni lagi...bila ingat2 kembali, cam seram gak. =)
Post a Comment