hallo uOls...
dah makan ker?? rasanya yang beragama Islam sudah pun berbuka setelah berpuasa sepanjang hari. Hurmm..saja nak share with uols.. Apa yang paling aku suka time Ramadan ialah juadah-juadah berbuka yang dijual di bazaar-bazaar ramadan. Tapi kawasan we all tak de bazaar yang gempak. Cuma sebiji dua jer gerai yang terpacak di tepi jalan . Nak gak aku amik gambo tadi siang, tapi segan la pula terhegeh-hegeh cam reporter la pula...kalau lah hp Nokia 3310 aku ada fungsi camera, kan best. hehe...aku suker melawat gerai nan satu di kawasan kita orang kat sini. masakan dia orang boleh tahan. suami aku, peminat no.1 rendang. Wajib dibeli. aku plak tukar-tukar...kejap ayam kicap. kejap ayam sambal. kalaulah gerai ni dibuka sepanjang tahun, alamatnya ada tukang masak la kami. heeee.....aku baru jer lepas makan...slurrpppppppppsss...sedapnya!!!
Pari Asam Pedas...kaw-kaw punya pedas... fuhhhh.
Ayam rendang peberet laku aku....thumbs up.
Ayam sambal....nasi gerenti bertambah nih...
dan....haruslah makan pakai tangan uols...sedap sampai menjilat jari. heee....
uols...
makan jangan tak makan...terasa lapar la pula walaupun dah makan sejam yang lepas. alahaiii....nafsu makan menjadi-jadi la pula. Aku benci makanan sedap!!! kerana...aku akan makan..makan..makan..dan makan...haishhhh..
No comments:
Post a Comment