Sunday, August 14, 2011

Tercari-cari...

jam menunjukkan pukul 3.30am. aku masih lagi terkulat-kulat melayari laman sesawang...klik sana klik sini...melompat-lompat kitaaaaa!! yang sebenarnya, aku ni NEWBIE dalam Nuffnangs. Ko tau apa itu Nuffnangs ker??? aku baru jer tau weiii... katanya, sambil ketik-ketik papan kekunci laptop memuat turun idea dari minda ke alam diary maya, boleh buat duit tuhhh!! DUIT??!! mata siapa tak terbeliak bila sebut pasal duit...hahaha...aku memang mata duitan. statement berani mati gitu. tak kisahlah ko nak mencebik bibir ko tatkala biji mata ko melintasi perkataan keramat AKU MEMANG MATA DUITAN tapi aku berjiwa sederhana OK!! hahaha....so scary,kan that words...tapi, agak-agakla weiii....mata aku jer yang berduit blink blink blink. Tapi pocket aku tak... hahaha...well...lebih baik kot  daripada memiliki pisau cukur, kan??? his his his...

well... Dunia sekarang mana ada benda free...nak kencing pun berbayo weii... bukan seposen jer sekarang tau..dah jadi rm0.30. Lebih pun adala... nak perolehi rm0.30sen tu cam mana?? takda maknanya duit syiling tu bergolek-golek di jalanan lantas masuk dalam poket kita. Tekak haus..paling koman pun, air kosong...kasi sedap sikit bunyinya; sky juice...ada yang free?? ada yang sampai 0.50 segelas. AIR KOSONG jer OK!! 
 
berbalik pada isu tadi....aku ni suri rumah sepenuh masa. Dalam masa aku duduk terpekik dan terkaung-kaung memekak melayan karenah puteri  aku nan satu ini, terfikir gak aku. Cam mana nak buat duit nihhh???Ya..."belayar" berbayar... aiyoyo...tapi, usia anak aku mencecah 6 bulan ni, rasanya aku tak senang lagi untuk menghabiskan masa mengadap skreen laptop seperti ketika aku bujangan suatu ketika dahulu. Nak tau kenapa?? ehehhh..dah aku nyatakan, puteri aku ni superb active. Aku konon-kononnya nak surf internet sambil meletak dia pangkuan terpaksa mengalah. Ada ker patut, budaknyer boleh memanjat badan si mommy ala-ala Jack n Rose dalam tayangan Titanic sambil menarik spec dan rambut si mommy. Pandai sungguh dia mengalihkan perhatian aku dari laptop kepada dirinya yang genit itu.

melalut plak aku weiii.... aku ni rajin gak membaca blog orang. Actually tak sengaja terbaca blog orang. Then aku terjumpalah blog baik punya cilok. menunjukkan cheque yang telah bertaip cantik nama si blogger dari Nuffnangs. Maka, aku pun mula lah risik-risik apa ke bendanya Nuffnangs ni... owhhh..rupa-rupanya penampalan iklan pada blog kita secara percuma akan menghasilkan $$$$$$ fuyoooo....thats y la aku terhegeh-hegeh mencari pengikut blog aku ni, konon-kononnya. hahaha....ada gak minda niaga dalam kepala hotak aku ni. taklah aku tau mengguna tenaga elektrik begitu saja, kemudian hujung bulan bayar bill. Sekarang bill elektrik melambung wuiii!! ko orang perasan ke tak??? pi check bill ko orang...bezakan dengan bulan yang sudah-sudah...hurmmm

so, ko orang yang menyinggah mengintai blog yang tak sepertinya ini...tengok-tengoklah iklan yang terpapar pada skrin komputermu itu. (jangan setakat tengok jer...klik sekali ekkk??). aku pun nak tengok sejauh mana kebenaran yang diwar-warkan oleh Nuffnangs ni..eheee...mau nyer jadi blogger full time plak aku ni. wakaka.. full time ker namanya kalau dalam sehari berkesempatan berblogging ketika anak tido??? what say you??*&^%%$$......

No comments:

Post a Comment