Friday, August 12, 2011

Blog re-construct

Dah lama rasanya aku tidak mengarang...baik utk tujuan akademik mahupun sekadar suka-suki. tapi semenjak kebelakangan ini, terasa satu kerugian di celah sudut hati ini apabila setiap agenda di dalam kehidupan ku ini tidak didokumenkan. ialah.. untuk rujukan diri sendiri di masa akan datang, maupun untuk tatapan generasi masa depan terutamanya buat anakandaku, Princess Lolo A.k.A bbLotus.

Setiap kali terdetik di hati ini untuk mula mengetik kekunci laptop, ada-ada saja agenda yang mendatang yang akhirnya membatalkan niat suciku untuk mendokumentasikan peristiwa-peristiwa yang terjadi di dalam hidupku. mungkin bagi sesetengah atau kebanyakan orang, kejadian yang aku lalui bukanlah sesuatu yang istemewa. tetapi, tujuan aku menulis adalah untuk kepuasan diri sendiri dan bukannya untuk kepuasan orang lain. apa yang penting bagi diriku tidak semestinya penting dan berguna untuk orang lain dan begitu juga sebaliknya.

Tercetusnya keinginan untuk berblogging semula disebabkan kehadiran permata hatiku yang menjadi sumber inspirasi hidupku. aku ingin berkongsi rasa bersama dengannya, dengan harapan ketika dia sudah pandai membaca..beliau akan memahami dan mengerti perjalanan hidup serta suka-duka bondanya ketika hayatnya mahupun selepas ketiadaannya suatu hari nanti.

oh ya, kepada pembaca yang mengikuti perkembangan blogku selama ini, aku menyusun 10 jari diatas 'reconstruction' tanpa notis buat kalian. Daddynya si Lolo telah mengarahkan aku untuk scan sekali lagi penulisan dan segala intipati blog sebelum ianya dibuka secara rasminya untuk tatapan umum.

selamat mengikuti...

No comments:

Post a Comment