Sunday, August 14, 2011

Princess Lolo Boleh!!!

Untuk record...
Usia Princess semalam ialah 6 bulan 22 hari. tinggal 8 hari lagi untuk beliau mencecah 7 bulan. Dan...semalam iaitu bersamaan hari sabtu bertarikh 13 Ogos 2011 dalam lingkungan jam 11pm-12pm sepulangan kami sekeluarga dari jalan-jalan "membeli tingkap" di Jusco...anakku Princess Lolo telah menunjukkan peningkatan prestasinya di hadapan kedua orang tuanya tanpa disangka-sangka....fuhhh...walaupun hari ni aku agak tension dengan karenahnya, aku mampu terbahak-bahak keriangan melihat perkembangan positif Puteri kami.....

Mempersembahkan.....







"all by myself  :  princess Lolo"
13 Ogos 2011

Hari ini aku suami isteri dapat menyaksikan 'kegagahan' puteri kami duduk buat pertama kalinya tanpa bantuan dan sokongan kedua orang tuanya. Pada waktu kejadian suami sedang sibuk menyemak semula diary kerjanya manakala aku pula sibuk membelek-belek  product SAFI RANIA GOLD yang baru aku kaut dari Jusco. well...we two cuma tersedar apabila si princess tetiba senyap...dan...here she go....cuba mengawal dirinya dari tumbang. Mengimbangi badannya dengan berjaya... Princess Lolo Boleh!!!...

Tahniah anakku.
salam sayang dari Mommy n Daddymu.

No comments:

Post a Comment