Saturday, August 20, 2011

Lord Protect Her.

selamat pagi uols...
ada lagi ker yang bangun masa ni?? hurmm...jiran depan rumah masih lagi berjaga. sayup-sayup kedengaran hilaian gelak ketawa mereka. entah apa lah yang seronok sangat tu...atau barangkali sedang bersahur kot. aku?? sebenarnya dah nak tido dah. dah pun merebahkan badan. Tapi...aku bangun semula dari pembaringanku..huhu

Aku risaukan baby gurl aku. meski dia dah tertido...beberapa kali kedengaran dia seperti semput-semput. Hari ni aku sumbat kat dia roti. pagi tadi sekeping, petang tadi sekeping dan malam ini sekeping roti delicia coklat. Dia ni laju jer kunyah sebaik di suapkan ke dalam mulut dia. cam anak burung makan je aku tengok. haha... Gayanya macam lah ada gigi... tak sedar diri still rongak. heeee... Aku terpaksa mencari alternatif untuk mengisi perut si kecil ni. Bubur tak lalu.... Cerelec pun sesudu-tiga jer yang masuk. sah-sah aku risaukan perut dia kosong. menyusu pun kurang atau dia akan minum setakat untuk membasahkan tekak jer. Nasib baik air kosong ada lah juga diteguknya dalam 2-3Oz. Ibu mana tak risau. aku bagi roti pun, aku cecah kat dalam susu atau air kosong sampai lembik.


Semalam kita orang kuar makan kat restoran, berselera pula dia makan. Yang sebenarnya, aku suapkan cerelec jer pun. mungkin dia ingat dia makan apa yang emak bapa dia makan kot, tu yang dia beriya-iya jer makan dan minum. tipah tertipu. haha....anak aku nih...alahai.

Tapi sepulangan jalan-jalan dari Jusco semalam, dia asyik jer muntah. kelihatan roti yang telah dimakannya keluar dari mulutnya. terkena baju dan lantai. kesian aku tengok dier...mengerutkan kening. ialah, muntah kan rasanya masam. nak-nak pula dia buat muka kesian. alalala...hancus hati ibu dia. Tu yang aku tido,kan dia awal. awal pun dalam jam 11pm cam gitu...kalau mengikut kebiasaan, dia still ligat sampai tengah malam atau awal pagi.

kerisauan aku bercambah lagi apabila ketika tidonya dia seperti semput nafas dan kesesakan. Dia tak ada masalah pernafasan so far. tapi malam ni, performance dia tak memuaskan hati aku.huhu... Tuhanku, semoga kau sentiasa mendampingi anakku ini dan melindungi dia dari segala malapetaka. Amen.  I believe in God. Nothing bad gonna happen to my little princess... 

Well,, sambil monitor beliau aku pun buatlah blog walking sikit. menyempat tu... sebenarnya...mata aku pun dah ngantuk ni.. Mungkin kejap lagi aku merebahkan tubuhku ini di sisi si kecil. 

"mommy & daddy loves you so much, dear Lolo". muaahhh...

Nite angels.

No comments:

Post a Comment