Wednesday, August 17, 2011

Silap hari la pula


naper la aku terasa hari ini seolah-olah hari sabtu. tetiba tadi teringin nak tengok cerita hindustan dan nak ajak si daddy gi jalan-jalan. day dream lagi aku ni.....ye lah, ari ni memang ari cuti pun. Kalau tak silaplah, cuti Nuzul Al-Quran kot. Di tambah pula dengan suasana hening kawasan flat yang aku diami. Biasanya terdengar jerit pekik budak-budak ni nak ke sekolah, suara mak bapa budak membebel..ialah, hidup berumah pangsa. Jiran sebelah kentut pun boleh dengar...aiyaiyaiii....opps.

Semalam si daddy pulang OS. Tak sempat menghilangkan penat lelah...aku ni teringin pula membasahkan tekak aku ni dengan teh tarik sambil mencarik-carik roti canai kosong. cam mengidam la pula... si daddy pun mengkabulkan niat hati si isteri meskipun kedengaran aduan yang mengatakan beliau penat. kesiaannn...ye lah, 2 hari si daddy tak ada, sepanjang tu jugalah aku terperuk kat dalam rumah. Malas nak menuruni kayangan bersama si puteri. atleast, kalau daddynya ada, dia lah yang menggendong si kecik. Mak dia tak larat nak kendong dah si kecik ni...bawa diri sendiri pun dah payah..haiiisshhh kg. kg.

Saja nak khabaq ni. 2 hari tak gi punch card kat jusco terasa cam dunia tak lengkap la pula. kami gi minum teh di old town kopi tiam. aku minum teh c dan pekena asam pedas laksa...perghhh...memang pedas dan umpphhh..tak sangka plak old town ada asam pedas yang kaw-kaw. selama ni aku pandang sebelah mata jer old town kopitiam ni. nampaknya....he he....dan nak di jadikan cerita, terkezut mak chottt gak aku tengok ada kedai baru buka bersebelahan dengan kopitiam ni.

memandangkan aku ahli tetap jusco, sewajibnya aku mengetahui perkembangan kedai-kedai yang terdapat dalam mall tersebut. kejap kedai buka. kejap kedai gulung tikar. dan yang baru ini Country's tit bids and candy. ramai sungguh orang serbu kedainya....cuma aku takda camera jer semalam untuk dibawa bersama. Meriah uols. apa yang syokknya...orang berpusu-pusu gi try jajan-jajan yang terhidang tanpa pengawasan ketat. nak kawal cam mana?? ramai sangat orang...masing-masing panjang tangan. makan tak berbayo. tester. dengan aku-aku sekali. mula-mula aku ingatkan aku sorang jer ada niat begitu. tapi bila aku tengok orang dok panjang-panjangkan tangan, niat aku bertukar menjadi cara. aku rembat sotong merah, sotong jepun, asam pelbagai asam ect. ada gak terasa serba salah di hati ini...tapi bila lihat orang selamba badak jer menyumbat kat mulut, aku katakan pada diri "tak apa...semua orang pun buat". haha...tak kiralah bangsa yang masuk. melayu cina india bangla ect....semuanya sama. haha..disini baru konsep 1Malaysia nampak cam rata.

tapi suami aku berlagak cool. Dia pegi lah ambik manggo dengan plum asam. hambiq ko...8 slices mango kering rm9. Plum asam aku lupa check berapa harga plak.....haiya. aku puji gak lah sikap laki aku ni, tak nak makan menda  free, konon-kononnya. Actually istilah yang paling sesuai untuk menda free ini ialah "mencuri" meskipun terdapat sample disediakan. sample habis dah kena songlap...so, amek direct jer lah dari bekasnya..

Kendian ada lagi satu shopping lot. Twin Angel. kedai beg tangan. harga berpatutan dan boleh dimiliki oleh golongan sederhana cam kami. harga takda la melambung melangit....tapi tak terbeli juga olehku. setakat melihat dan survey harga jer. kami pun teruskan perjalanan ke harvey norman. haha...tujuannya, untuk menyusu. kan sofa-sofa sana empuk-empuk dan high class. aku mencari tempat yang agak tersembunyi, dan there we go...baby bf sambil rocking the sofa, you. maka tertido lah dia dengan selesanya.

last thing yang menarik perhatian aku semalam Ipad2. cam syiokk jer...display unit cam tarik-tarik jer aku mendekat dan memegang. wahhh...cam best. lalu aku dan suami pun korek info. mana la tau..hihi...dalam hati dah berbunga menyimpan harapan....sudilah kiranya kalau....hahaha....tapi kendian, minat aku beralih arah pada Samsung Galaxy Tab...i want i want...huhu....cam rasa jatuh cinta pertama kali sekali lagi jantungku tatkala membelai tubuh SGT. aku jeling suami...suami jeling aku...hurmmm...harap-harap suami faham makna jelingan aku. tapi sempat gak aku menyampaikan pesanan penaja kat beliau..."birthday aku tak lama lagi...tak nak suprise lain selain daripada SGT.." hihi.... suami plak, buat-buat tak dengar...haiya.... tapi tak apa lah, kalau tak dapat pun.sekadar kehendak jer, bukannya keperluan pun.

sesekali ku rasa teringin....

Thats y, aku ingat hari ini hari sabtu. coz kebiasaan Days-Out kita orang ialah hari Jumaat malam sabtu. Nasib baik si kecik mengejutkan aku pagi ni..tarik baju aku...tarik rambut aku...golek-golek atas badan aku. Uols nak tau, anak aku pandai minta perhatian aku dah...bukan nak buat story kat uols. serious dia pandai kejutkan aku, kekadang pandai menyusu bf sendiri dan paling penting time we all tido, dia main sorang-sorang. sampai dia nampak we all ada tanda-tanda yang we all dah bangun, baru lah dia mula mengacau...hurmmm...kalau tak, maunya si daddy turun bekerja tanpa  bersarapan pagi ini.

1 comment:

raindrop said...

aku pun mahuuuuuuuuuuu

Post a Comment