Wednesday, June 6, 2012

dipertikaikan

aku dipertikaikan. "apalah gunanya ko belajar sampai Master?". gulppp..aku bagaikan tertelan batu. hurmmm...dalam hati aku, berbisik. sukati aku la nak belajar sampai mana pun. suka aku lah... aku ada aku nyer motif dan matlamat yang tersendiri. yang hang dok pandai nak pertikaikan aku wat apa?? bukannya aku nyusahkan hang pun...plus, perlu ker aku nak menghuraikan aku nyer visi dan misi kehidupan aku kat hang?? haiyerrr....

Pertikaian ini terjadi gara-gara aku diajak untuk join si kawan punya business down line. hai..hai..katanya lagi, kalau ko tak nak berubah, sampai bila pun ko tak akan berubah. aku ni nak tolong kawan. nak kasi you senang satu hari nanti. nak tolong kawan jadi kaya.

dushhhh!!! kaya!! sapa tak nak kaya weiii....tapi..tolong sikit ehhh..aku tak berminat langsung. i masuk terus jadi kaya tak pa la juga. nanti kayap yang lebih-lebih sapa yang merana. aku jugaaa...kendian, promote product pula sama gue. haaaa...sudah-sudahla tu. dulu pernah promote gue product slim. konon-kononnya si kawan bertambah kurus after taken ubat yang riban-riban sampai suh buat bayaran bulanan. tapi aku tengok, sekarang sama jer..tak da perubahan langsung pun. so aku pulangkan buah paku keras aku..katanya, itu dulu. dah lama dah. aik??? so what?? how to confident leh?? now product muka la pula...ngih3...i m so sorry la. aku ni, nak cuci muka pun tak sempat. setakat guna air biasa jer. jarang menggunakan pencuci pun this lately. plus, aku tak obses nak 'mengubah' muka aku. so far, muka aku tak da masalah jerawat or ect yang perlukan kerisauan dan kebimbangan maksima. kalau setakat nak merasa buang duit tu, boleh la kot. aku kata, untuk diri aku sendiri pun aku tak da masa, weii..

thats y la you perlu join aku. supaya lepas ni awak ada masa. ha ha ha...bagus,kan kawan aku ni. nak tolong aku jadi kaya raya. tapi tak apalah. setakat ni kehidupan we all anak beranak still ok lagi. tak pernah gak merempat untuk sesuap nasi atau mengemis membeli apa yang dipakai seisi keluarga kecilku. ada anak dengan takda anak ni berbeza kesibukan dia..depa single lagi, senang la nak bla bla bla...cuba ada anak. lagi-lagi anak pun yang tengah lasak dan memerlukan perhatian lebih cam aku sekarang ni, hang nak kata apa??

moral of the story, thank you jer lah sang kawan yang mengajak aku. tak suka la personal attack...kata i ni gemuk tak cam dulu lah...hallo??? i dah ada anak ok. kalau i kurus itu satu bonus buat aku. tapi aku takda lah kemaruk nak membeli product utk kuruskan badan walaupun ada niat untuk kurus. dan si kawan kata, if sesapa ada diabetic and kanser boleh hubungi depa...hurmmm..very2 interesting. nah..apa lagi orang2 yang kanser ni, cari lah beliau. susah tau orang boleh convince boleh sembuhkan orang berpenyakit cancer ni. heee...bila aku kata aku ada diabetic..terus pula serang aku. tu lah banyak sangat mengambil gula dalam makanan. hallo??? aku gdm, diabetic time pregnant...so, dont over confident sangat to attack people kalau ya pun mok jual barang. ngeeee...silap psychology pemasaran tu..buat orang bertambah tak berminat ambil tahu apa yang you mok jual.  kan melepas...

apapun, i wish si kawan good luck dan selamat jadi kaya-raya. aku ni tak berimpian sebesar itu...meskipun terselit angan-angan mat jenin.

2 comments:

Anonymous said...

biarla dorang kaya raya...kita x kacau kan2..yg penting kita hidup selesa...

Mrs. Daniel said...

tu la pasal..orang tak sudi, tak yah lah nak paksa2. hanya kerana berbisness baru nak contact kiter. kalau tak, diam jer. bila aku kata tak nak, terus bilang busy..susah gak ada kawan lagu ni.

Post a Comment