semalam lawatan aku ke klinik sempena kandungan aku yang mencecah usia 25 minggu. temu janji cam biasa jam 2pm. habisnya jam 5.15pm. nombor bertuah aku kali ni 2618. punya lama menunggu. well, cam biasa..penimbangan berat badan dan juga mengambil tekanan darah. wooppsss..berat aku meningkat pula kali ni. 98.5kg. phieww...bp pula normal 120/70. sambil-sambil menunggu turn aku, sempat gak aku melayan puteri yang ditukar, tv3. lepas tu, aku disuh ambil sample darah. lemah gak lutut aku melangkah ke makmal. apabila nama aku dipanggil...dengan penuh debaran aku kuatkan semangat...sakit sikit jer..kejap jer pun sakitnya. yang sebenarnya, aku agak phobia bila nurse yang tak berapa pakar ambil sample darah aku. adakah patut di cocok-cocok jer jarum kat daging aku. as if aku ni getah, tak tau rasa sakit. apapun, kali ni bukan missy yang amik darah aku. rasanya orang makmal ni jugalah... getah di ikat di lengan aku. tak kuat pun ikatannya. dalam hati aku berbisik..sah mesti sakit ni nanti. tak terasa tegang pun...sementara dia siapkan jarum, aku alihkan pandangan aku sambil mendamaikan hati aku....sakit ni sakit yang sedap...tahan..tahan...tetiba, ikatan getah tadi dilepaskan. dia terus memindahkan darah dari jarum ke dalam tube sample. "eh, dah ker??" tanyaku blur-blur. "sudah." jawabnya ringkas. "tak rasa pun...tak sakit pun.." kataku lagi seolah-olah tak percaya. "awak banyak fikir ni, sampai tak sedar i suntik," katanya lagi. tanpa berfikir panjang aku terus UPkan juru makmal tadi.."wah, pandainya awak..tak sakit pun awak buat," ikhlas pujianku. mungkin dia pun berbangga gak kot...jarang pesakit nak kasi pujian, makian adalah..pasal depa main cocok or sometimes berlaku kasar. kalau macam ni, aku takkan rasa phobia lagi bila sample darah kena ambik. ngih3...
lepas tu menunggu lagi masuk jumpa doktor. kali ni scan baby..scan jantung baby,kata doktor india tersebut. friendly betul ni doktor...puan, awak ada banyak edd lah...(maksudnya jangkaan tarikh bersalin berdasarkan scan). hurmm..tapi menurut saya, mungkin bb awak lahir nanti 21/10 kot.. ada lima tarikh disenaraikan untuk edd aku. fuhhh..mana-mana jer lah. harap bila cukup tempoh, bb aku akan kuar dengan sihat hendaknya. after sessi dengan doktor, masuk lagi satu bilik lainnya untuk dapatkan tarikh appointment seterusnya. "awaknya bp kena amik dua kali seminggu. bsp dua minggu sekali dan scan semula dua minggu dari sekarang. oh ya...awak kena buat homework, catit pergerakan anak awak". aik?? bukankah bila baby dah 7 bulan baru mula catit ker??? kemudian dia siap suh aku gi ambik suntikan tambahan kancing gigi. coz bb pertama aku dulu dah dapat suntikan TT ni..yang kedua ni cuma dos tambahan jer lagi. Nah, masuk bilik imunisasi dan suntikan pula...melihat missy tersebut menyediakan jarum suntikan bagai, aku berbisik lagi dalam hati aku....tak sakit pun..tadi tak sakit pun.... tapi..bila jarum menjunam di lenganku. mak aihhhhh...rasa cam kena gigitan serengga pula. berbisa..terasa gak darah naik ke muka. kesakitan yang mengejut. huhu....
begitulah kisah satu hari di klinik sepanjang hari semalam. tak salah beri pujian pada pekerja yang berdedikasi,kan? dan..semalam time scan baby the second.. aku dah boleh tengok tubuhnya yang lengkap. semoga engkau membesar dengan sihat sayangku. mommy love you...
No comments:
Post a Comment