Wednesday, June 6, 2012

Erat

mencongak-congak hari..hurmm..dah 4 hari dah sang laki outstation. kata orang, alah bisa tegal biasa..tapi kesunyian tetap mencengkam jiwa. mungkin itu yang anak aku dapat rasakan. bila berdua begini, tak nak dia berjauhan dariku. even bila aku gi ruang tamu or toilet kejap jer pun, dia dah mengikut dengan pantas dari belakang. or, kalau aku berbaring tak bergerak-gerak atas katil, kawasan territory bermainnya pun setakat katil jer. tak seperti kebiasaan...though aku tido, dia dok sibuk ketik-ketik suis or punggah keluar barang-barang dari almari bikin kerja dan bikin panas buat mommynya.

aku dapat merasakan bahawa perhubungan aku dan anakku agak erat dan rapat. dia selalu ingin dekat dengan diriku. aku plak, kalau dia tido...terasa sunyi sesangat. tapi kena gak bagi dia tido. kalau tak ada-ada jer yang harus aku hadapi. nak buat apa pun tak boleh. ya, mungkin sebab aku menyibukkan diri nak buat menda lain, tu pasallah aku geram sesangat kalau dia buat perangai. coba kalau aku relax jer, jiwa tengah tak kacau...aku boleh gelak-gelak melihat telatahnya.

saban hari dia semakin bijak. mungkin dia tak paham yang dia akan menjadi kakak...tapi bila aku menyuruhnya mencium perutku kata ada bb atau adik kat dalam, dia lakukan juga. tapi..semuanya itu pun peniruan dari si bapa. dia selalu melihat ayahnya mengusap dan mencium perutku. itulah sumber inspirasi sebenarnya dia...tapi hari ini tadi, dia dok tampar-tampar perutku. sengaja. kemudian naik badanku nak pijak-pijak ketika aku tengah landing. pelik gak aku tengok..bila aku nak bertindak, terus dia mencium pula. rasanya dia mula terasa kot, kenapalah perut mommy ku ni saban hari saban membesar. ngih3....

sayang sangat kat anak mommy ni. tak tau la nanti apa reaksinya melihat si adik lepas ni. hope jadi kakak yang baik, yer sayang??nah, jam 5.07am sudah...i nak godek-godek keje aku dulu lah sementara dia tido nih. kalau terjaga, really cant concentrate and lappy pun tak leh nak ngadap. susah betul nak dapat mood buat keje nih..time ada mood, anak plak kasi keje. time anak dah OK, mood nak touch-up keje dah hilang. cobaan dan cabaran sungguh buat seorang ibu dan isteri vs pelajar.



No comments:

Post a Comment