Wednesday, June 6, 2012

waiting mode

semalam sang laki menghantar message dari China. itupun mengguna talian sang teman. coz menggunakan barang orang, makanya laki aku ni berjanji nak berchatting ngan aku hari ni. katanya, jam 9.30am aku online ngan you. well, china sangat ketat dalam mengawal rakyatnya. disana fb disekat...jadi plan mok chat ngan sang laki menggunakan ym.

sepanjang malam my gurl asyik menangis jer. merengek-rengek. pelik gak...kejap2 ngigau. so, aku pun tak jadi nak tido. nak gak...tapi takut terlelap sampai terlepas janji dengan bapanya. so aku berjaga, usha2 aku nyer work. 

tapi nampaknya, tiada tanda yang sang laki akan online. so aku pun menidurkan diri pada jam 10am. anak aku sejam dah terjaga. bersemangat aku nak tunjuk daddy dia online guna webcam. hampa. so, aku biarkan dia bermain sendirian. tersangat mengantukla pula aku. tapi aku terjaga juga jam11am. coz my gurl datang menarik mukaku menghadapnya. menyuruh aku bangun. hadeiii..pandai sungguh dia ni lah. tak senang tengok emaknya tido. dan aku terjaga juga. tak sampai hati nak membatu...bila muka aku ditutupi rambut, diselaknya sampai nampak aku punya mata. selagi aku tak buka mata ditampar-tamparnya pula muka aku ni. hadeii...

dan...Oh my ghosttt!! sejam jer aku lentoq, bilik bagai diserang garuda. keliling katil dipenuhi dengan pakaian bersepah. kejadian sepertinya selepas banjir la pula. ini rupanya keje dia sewaktu aku tido tadi. dengan suis kipas dimatikan, kepanasan gak aku cuba melelapkan mata tadi. sengaja tak pasang aircond. jimat.

rupa-rupanya dia kejutkan aku coz dia berak. sekarang senang jer kalau dia berak, dengan mimik mukanya dan mengibas-ngibas tangannya di hidung menunjukkan bau busuk, maka aku tau dah dia berak. aku ingat dia main-main. bila aku check, betul. dalam seminggu ni banyak karenahnya yang menggelikan hati aku. bila aku kata bau, dia terus gelak. aku kata gi wash buntut...terus dia menuju ke bilik mandi. bila aku buka lampinnya, aku sengaja tak buang sendiri ke dalam tong sampah, sebaliknya menyuruh dia berbuat demikian. nampaknya, dia pun dah mula faham dia nyer peranan. cute, kan?? semalam aku lambat menukar lampinnya ketika dia berak, dan dia sendiri bukakan dan tunjuk kat aku sambil mengekspresi muka, bau..bau...haha..lepas tu aku bungkus dan dia buangkan.

hurmm..tak lama lagi dia akan membesar dan membesar....rindu pula karenah nakalnya time kecik2 gini. well, back to the title entry, seems like no news from the daddy. sibuk kali dia tu...ye lah, bukannya pegi makan angin pun...nyway, dua tiga hari lagi jumpa juga pun. =)

No comments:

Post a Comment