cemburu...hurmm. sering kita dengar perkataan ini,kan?? dan mungkin sering kali kita lihat kesan daripada perkataan ini juga..ada orang kata, ada baik..ada buruknya. Apa itu cemburu?? Menurut kamus, cemburu adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai seperti suami, isteri atau kekasih.
Adakah anda seorang yang cemburu?? jawab dalam hati sendiri lah ek?? aku?? hurmm..semenjak dua menjak ni ada satu perasaan yang melonjak-lonjak dalam hati aku. kata kawan-kawan, mungkin bawaan budak. mungkin juga..coz selama ini aku boleh mengawal perasaan cemburu aku dengan jayanya. malah, jarang sekali terdetik di hati untuk merasa cemburu terutama kepada suami terchinta. Kiranya dia pulang lewat, aku dah mula tak tentu arah...kiranya dia bermain dengan hpnya, aku dah mula curiga...
alkisah..satu hari aku ni ternampak suami aku meletak gambar seorang modeling sebagai wallpaper kat hp dia. fuhhhh..jantung aku berdegup dengan kencang. bagai nak meletup. air mata aku terus nak berguguran. aku terus sindir suami, "hamboi, gambar ompuan mana pula ko kutip ni? ada anak, tak nak letak gambar anak?" kataku sambil menahan air mata dilihat oleh sang suami. "i tak ada gambar anak dalam hp ni," jawabnya selamba. kebetulan ketika itu kami nak sesuatu tempat. terus aku berjalan, meninggalkan anak aku terkontang-kanting di dalam kereta. biarlah suami aku kisah kat dia...ada hati nak letak gambar perempuan. nah...rasakan jadi bapa. ingat ibu jer susah payah fikir anak memanjang.....aku tak pedulikan suami dan anak aku dibelakang. laju jer aku jalan...hati membara lah katakan. sepanjang majlis yang kami ikuti, aku tak pedulikan anak aku. selama ini, aku biar jer suami relax...aku jugalah yang kejar anak ke sana-sini. kali ini, biarlah...biarlah orang tau bahawa laki aku ada anak.( bisikan hati yang meletop-letop tanpa pengetahuan suami. isk..isk..isk..)
Tengahari makan di restauran, aku tak sanggup tengok muka laki aku. nak jamah nasi pun aku tak berselera. nampak muka dia, aku rasa nak nangis..tapi memang air mata dah sedia bergenangan. Pulang umah, aku terus masuk bilik, mandi dan berbaring. mengadap dinding,OK. aku langsung tak nak tengok muka laki aku. betapa panasnya hati aku. Malam tu, suami berbaring dan aku kuar tengok lagi hp dia.. spot-check...masih ada lagi gambar tersebut. nampaknya laki aku tak paham-paham apa yang aku maksudkan. dia tak tau kot yang hati aku terluka dek gambar yang tah apa-apa tu...
malam tu, aku tido mengadap dinding. air mata berguguran perlahan-lahan. nasib baik ada anak untuk aku peluk. ada gak alasan tak mengadap suami malam itu. sempat lagi dia bertanya, "kenapa i tengok muka u murung jer?". dalam hati aku nak jer menjerit-jerit memberi penjelasan. tapi lidah aku kelu. diam membisu seribu bahasa...sepanjang malam aku tak dapat tido. even sampai the next day, fikiran aku terganggu... sampaikan aku message kat laki aku luahkan perasaan aku. tapi dia tak balas pun...dia tak layan pun perasaan aku yang berkecamuk. huhu....
aku belum lagi tengok screen hp dia yang terlatest. entah apa lagi perasaan aku lepas ni. silap-silap hari bulan , tak pasal-pasal hp dia berderaian kot. Honestly, inilah pertama kali aku berperasaan yang tak terkawal terhadap suami aku..ialah, kita ni mengandung..perut pun dah boyot. macam-macam menerpa di minda aku ni. Dulu aku tak kisah pun. tapi sekarang aku sangattttttttt KISAH!!! apakah ini betul bawaan budak atau apakah ini perasaan seorang isteri dan ibu??
aku cemburu ke ni??? tapi yang pasti, hati aku gelisah, marah dan meluat. argghhh!!!
Bingung.
No comments:
Post a Comment