Wednesday, June 13, 2012

aku memang....

well...ever since aku membawa bb kedua ni, aku takda perasaan pun utk merias wajah aku. nak letak bedak bagai..sowie arrr, entah kenapa aku rasa cam tak da masa pula menempek-nempek bedak bagai kat muka. haha...cuci muka pun sekadar menggunakan air biasa jer. aku nyer pencuci muka dah lama abis dah...so, malas nak membeli. biasanya laki aku yang belikan. dia ni lagi galak menjaga muka berbanding aku ni.

tak perlu pakai apa-apa. senyum. keceriaan dan keayuan akan terserlah andainya hati riang ria dan gumbira. muka yang kusam dan ketat adalah hasil hati yang selalu dibuat sambal dan ulam. sangat senang,kan nak membaca riak wajah orang meskipun cuba disimpan atau dilipat baik-baik dari pengetahuan orang lain. Kegembiraan yang dibuat-buat dengan yang asali amat jauh berbeza. pakai apapun, kalau emang muka lagu tu, tak nampak serinya...

lu pikiaq la sendiri. lu happy ka?? wa?? hurmmm...


2 comments:

lily lotus said...

true :) keindahan dalaman akan automatik terserlah...

Mrs. Daniel said...

betul3...hehe

Post a Comment