hallo uols...
dah lunch ker?? mrsd masih lagi mengeras dalam office mr. husband. perut memang lapar...tapi cam tak da selera plak untuk mamam...yang terlebih rasa cam nak gi jenguk anak kat umah jer. terasa rindu pula kat si kecik. ttadi turun office, sempat gak mrsd melambai-lambai dia dari bawah. sayu kedengaran tangisan si kecik di pendengaran mrsd. sebak gak mrsd...hishiii..
oh ya, minggu ni rupa-rupanya cuti pertengahan semestar. seminggu tu..mrsd tak tau pun. semalam beriya mengajak anak buah gi library, tanya dia wether dia ada kelas ke tak. dia terkejut dengar mrsd tanya pasal kelas. mrsd pun terkejut bila dengar dia bangun tido jam 10am. ponteng ke budak ni?? kendian, mrsd buat panggilan kepada beberapa orang kawan mengesahkan minggu ni cuti seperti yang dimaklumkan anak buah. ho yehhh!! cuti lagi...maksudnya aku ada masa lagi nak kemaskan apa yang patut sebelum jumpa lecturer next week. so...cuti ni tak boleh diambil kira untuk berseronok sakan. dahla hari sabtu, ahad dan isnin yang lepas bukan main seronok lagi...tak ingat buku langsung. sekarang, mulalah hegeh-hegeh nak senak perut. huhu...
ya..apapun, mrsd kena focus dah. tak boleh jadi ni...masa makin berlalu dengan pantas. mrsd plak cam tekuyung jer dalam melakukan tugasan. terukkkk arrr ni macammmmm!! ini tak boleh jadi...tak boleh dibiarkan. serious mrsd!! come on....
klah...nak gi isi perut gak lah. depan office ni ada kedai nasi ayam. tak yah susah-susah nak fikir apa nak makan. sedap tak sedap belakang nyer cerita lah...yang penting perut terisi, sudahhhh. haha...
good day every1.
peace.
mrsd.
1 comment:
Eat with notorious food so you will be able to face the day with full energy and positive thinking..
Just for your info, If you own a blog and want to get the Treasures (Samsung Galaxy Ace dan RM 1,000) from Streetdirectory, please make sure you won’t miss this opportunity
It's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/
Thank you very much for your attention
Post a Comment