rujuk tajuk post.
ye. hari ni aku akan menjadi seorang sensitif. mungkin juga pemarah. aku dapat rasakannya. biasalah tu, kalau tak cukup tido. mungkin aku gak bisa menggamuk. so, jangan usik hati dan perasaan aku. tak pasal-pasal kena tengking or penampo jepong. ecehh...macam aku sorang jer boleh buat kat orang cam gitu,kan?? tapi betul. normallah tu. budak tak cukup tido pun akan meragam apatah lagi mak budak yang sangat2 kelaparan ketika ini.
aku teringatkan mee goreng basah Miri style. owhh..sedapnyaaa. tak terlawan dan tak terjumpai pun kat semenanjong ni. kekadang bau aroma yang sama berlegar-legar di hujung hidung ini membuatkan air liur aku membuak-buak memercik. setakat bau jer pun. huhu.. so far mee ala-ala mee goreng basah yang pernah aku rasakan terdapat di Vietnam Kitchen. tapi, mahal nak mamposss...haiyaa. tak berbaloi bah dengan rasanya yang tak seperti yang di harapkan. lagi satu..kat Dynasty hotel Miri. Mee goreng basah dia sangat ummmppphhhh. harga berpatutan. puas hati. mengidamlah pula....hadehhhh.
dari birai jendela, kelihatan cahaya menerangi bumi.
Selamat pagi MALAYSIA.
dari birai jendela, kelihatan cahaya menerangi bumi.
Selamat pagi MALAYSIA.
No comments:
Post a Comment