hai uols..
gerenti dah tido ketika ini semua orang. merujuk kepada title entry aku di pagi buta ini. owhh...pagi, maafkan aku kerana menstatmentkan engko "buta". hehe...berbalik kepada tajuk entry. aku yang gedabak ini sangat kuat. nak tau kenapa?? hehe...aku berjaya mengangkat tiga orang untuk menemani aku di office laki aku pada malam ini. dengan baby dan nelly sekali aku bawa. tak sampai hati nak tinggalkan mereka kat umah tu ha. karang aku pula asyik terkenang-kenang memikirkan anak aku. bila depan mata, aku pun leh concentrate walaupun tadi ada sedikit masalah kasi dia tido. ialah..kat umah dia tido pun agak lewat malam. apatah lagi kalau aku bawa dia ke tempat baru, pasti dia tak selesa. ke sana ke mari dia berpusing. luas jer office daddy dia..banyaklah pergerakan fizikal yang dilakukan. last sekali, bila dah bosan 'berpusing', dia mencari aku. mengganggu as if dia pula nak menaip keje aku.
oklah, sekadar mencuri masa. terharukan, semua ahli keluarga memberi sokongan padu kat mrsd. so..ini yang nampak, yang belum kelihatan tak dikira lagi. mak, ayah, adik beradik...semuanya menunggu khabar gembira yang mrsd sudah TAMAT pengajian. bosan dah depa dengar...apa ko buat sekarang?? belajar. aik?? masih belajar?? tak abis-abis? hehe...mrsd pun dah bosan dah dengar persoalan dan jawapan serupa. jadi...mrsd nak berabis. kerah tenaga dan minda.
makin lama makin syiok pula menulis, ek?? esp bila time idea mencurah-curah. phiewww.... oklah. selamat melayari bahtera indah kamu kamu semua. anak aku pun dah terlena kat ruang tengah office bersama dengan nelly. maafkan mommy, ya sayang. en. abang pula sedaya upaya tak menidurkan diri..nak menemani bini kot. haha..sekejap-sekejap baring. kendian bangun...ngadap komputer.
good nyte ols.
loves.
mrsd
No comments:
Post a Comment