Thursday, November 24, 2011

otak kering

bukan ikan jer kering, tau dik. huhu...tengah kebuntuan di sini. well, dari pada aku "mencarut-barut" dalam fb tak tentu hala, baik aku luahkan apa yang tersirat dalam hati aku di sini. my diary. luvly. well, mrsd tetiba teringat akan MATI. serammmm. aku tak nak mati lagi...Tuhan panjangkan usiaku. Banyak yang ingin aku perbuat dan lakukan.

Paling penting, aku ingin melihat si kecik aku ni menjadi pengantin suatu ketika nanti. wahh...i see me in you, gurl. aku ingin melihat kehidupan anak aku setelah aku tua. adakah dia bahagia. hidup senangkah or hidup susahkah dia...aku sentiasa ingin berada di samping anak aku. tak tau la nanti-nanti. kita dah tua. dunia pulak berubah, takut anak pun tak suka...bau hamis, bau busuk orang tua. owh tidak!! SAYANGI lah daku.

dan...kita tak tau bila kita akan dipanggil. mengibaratkan kita manusia ni dedaunan pada sebatang pokok. ada yang layu. ada yang dimakan ulat. ada yang berguguran. pelbagai cara dedaunan itu tidak melekat di dedahanan or reranting. kalaulah kita tahu...konon-kononnya sudah pasti kita akan bersedia. bersembahyang setiap saat, beramal dan berbuat baik. TAPI walaupun kita tidak tahu bila tibanya ajal kita, kenapa ya still kita lupa yang kita akan dipanggilnya bila-bila masa. Kita masih lagi hidup seolah-olah kita akan hidup beratus-ratus tahun lamanya. Mudah terleka dan terlupa. time sakit jer, baru ingat Tuhan. Time susah jer, baru ingat Tuhan.  Tapi time senang.....LUPA SEGALA. 

teringat daku saat ayahanda terlantar di icu tahun lepas. aku menangis bagai histeris. tak henti-henti. ketika itu si kecik dalam kandungan 2 bulan. aku sanggup tido di veranda ICU coz tak da bilik disediakan untuk menunggu. aku tak nak aku tidak ada di tempat kejadian apabila saat-saat genting berlaku. dengan jawapan doktor yang merimaskan. 50-50. ada harapan dan ada ketakutan. aku tak sanggup!!!

Dengan kuasa Ilahi, aku percaya. ayahanda aku disembuhkannya. Peritnya hati melihat beliau terlantar di pembaringan. Dan ramalan doktor...ya, aku tahu. Mereka bukan Tuhan untuk menentukan hidup dan mati seseorang. tapi daripada kondisi-kondisi pesakit, mereka membuat hipotesis. Syukur Tuhan kau lanjutkan usia ayahanda tercinta. Miracles happen!!

dan hari ini...kepala otak aku ligat memikirkan kalau ini terjadi ke atas diriku. owh tidak..banyak yang aku belum bersedia untuk lepaskan. Tuhanku, sekurang-kurangnya hambamu berbakti pada keluarga yang telah berjasa dalam hidupku. Tak nak lah pemergianku nanti menyusahkan mereka dengan masalah-masalah yang aku sendiri masih terikat---PTPTN---huhu. bukan tak nak bayar, tapi belum bekerja lagi ni. dan..paling penting, aku ingin puaskan hati aku dengan membahagiakan orang-orang yang menyayangi aku.

Tuhanku, aku belum bersedia. Andainya Dikau memanggil diriku, biarlah aku datang kepadaMu dalam keadaan yang aku tidak berbuat dosa, baik dari fikiran, perbuatan serta kelalaian.

insaf mode.

No comments:

Post a Comment