selamat petang uols...
sedar tak sedar jam sudah menunjukkan angka 3.11pm. mrsd melencong sekejap dari mengerutkan kening memberi tumpuan pada penulisan thesis mrsd. Mrsd rajin gak buka fb time kepala tengah serabut...dan...mrsd terjumpa post seorang kawan...hati terdetik untuk membaca blog yang dinyatakannya iaitu http://mayyonnizz.blogspot.com.
uols...
Aku pada mulanya menganggap blog ini sebagai diary biasa seorang ibu. Maklumlah..aku pun seorang ibu juga...tapi aku still excited gak nak baca pasal aku nak tau life ibu-ibu lain. tapi...terkedu dengan tajuk "doa buat Alanna". maka aku pun mengorek....mengorek....tajuk demi tajuk aku baca....
dan..air mata ini turut menitis. setitis demi setitis. betapa sebaknya dada mrsd mengikuti kisah Alanna. Aku mengerti perasaan seorang ibu...terluka...hancur...kecewa...kerinduan...semua menjadi satu. Tak kisah lah anak kita lahirnya tidak sempurna. Kasih seorang ibu tiada tandingannya. semua itu kerja yang maha Esa. Dia menyayangi lebih dari kita sayang...Disertai pula dengan sound track lagu yang syahdu....sebak aku menjadi-jadi. Melihat wajah Alanna yang comel dan juga badan yang dipenuhi dengan wayar cukup menyesakkan naluri keibuanku.
dan.. bibit-bibit kerinduan menular di dalam hati ini. aku merindui anakku. betapa pengalaman ibu Alanna membuat aku terkenang-kenang akan si kecikku...dan...aku sendiri tengah risau ketika ini. terdapat ketulan-ketulan kecil di belakang kepala si kecik ku. aku tak nak berprasangka negetive. tjauh dalam hati ini berharap dan mendoakan agar tiada apa-apa yang buruk berlaku.
aku sangat takut.....takut seandainya ketulan-ketulan itu terhasil akibat daripada kepalanya yang berkali-kali terhempas di lantai ketika dia mula-mula belajar duduk dan merangkak. setiap kali tersentuh akan ketulan itu, jantungku berdebar-debar. kata suamiku, 'mungkin urat dia kot...'. Lagipula si kecik mrsd sangat-sangat lasak sekarang ini. badan cam kain basah yang dipulas untuk dikeringkan...dia tak peduli asalkan apa yang dia nak lakukan tercapai. sampai berbunyi-bunyi tulang dia. tu yang kekadang bikin mrsd geram...geram bukan apa...mrsd takut dan risau dia sakit. tapi dia....huhuhu... nak pakaikan dia diapers kena dua orang. seorang tak kan mungkin dapat menangani dia pasal dia cam lipas kudung jer memusingkan badannya dan merangkak ke tempat lain melarikan diri. tu yang terkadang mrsd terpukul pahanya...
apapun, besok aku akan membawa dia ke klinik. aku nak jumpa doktor untuk kepastian. setiap kali aku pegang ketulan-ketulan itu, dia merengek. macam kesakitan. aku nak anak aku sihat...baik...aku tak sanggup kehilangan dia...aku sangat sayang padanya. tak nak fikir -ve cam gitu...choii...touch-wood. Gila tak sayang anak, uols?? huhu...tu yang mrsd pelik napa ada ibu yang sanggup membuang anak depa merata-rata. binatang pun sayang anak weiiii....
berbalik pada kisah si kecik Alanna....Mrsd yakin dia telah menjadi angel di syurga sana. Tuhan sedang merawat dia. Semoga ibubapa Alanna bersabar menghadapi kehilangan ini. ya, memang betul..berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
dah sudah...mrsd tak sabar nak balik umah pula.tak sabar nak gi peluk si kecik....rindu sangat pada dirinya.
loves,
mrsd
1 comment:
seorang ibu pasti akan melalui ujian dengan tabah..kerna ibu adalah tulang belakang keluaga.semoga kita menjadi setabah mommy ayu..^_^
Post a Comment