Tuesday, October 2, 2012

::payahnyaLAH!::

hadoii..susahnya lah nak control nafsu makan ni. semakin dikawal..semakin keinginan untuk makan itu kuat. lagilah seolah-olah disuruh-suruh pula untuk makan tak hingat!! tak sabar rasanya untuk aku melahirkan putraku ini. Perut aku dah lah semakin besar...nafsu makan turut membesar gak. Nak makan itu..makan ini..tak kira masa, pagi petang malam....bila tak makan, rasa lemah tak bermaya. macam tak pernah makan jer rasanya padahal mencekik bagai tak hingat dunia.

actually aku risau gak ni. tak nak lah last minute nak kena suntik insulin pula. aku risau gak dengan kesan 'kemanisan' darah aku ni memberi kesan kat putera aku. Rasanya cara pemakanan aku semakin tak terkawal. Aku cuma berusaha mengontrolkan diri apabila perlu jer---iaitu time bsp--- rasanya seolah-olah aku menipu diri aku sendiri. nak rekod yang baik untuk tatapan doktor. tapi hakikatnya, sebelum dan selepas itu...aku ON jer dengan nafsu aku.

Bukan aku tak nak kontrol juga...aku nak. tapi kelaparan itu seringkali terasa. Rasa laparnya bagaimana ya?? hurmmm...badan rasa lemah. dada rasa sakit mencucuk-cucuk...perut rasa tak enak. haaa...itulah yang aku rasa ketika perut aku minta diisi. tak tau lah...kalau bb aku ni pun makan sekali dengan aku. dulu tak ketara laparnya. tapi sekarang...semakin dia membesar...semakin itu kekerapan aku untuk lapar menjadi-jadi. Ada tips ker nak control makan ni huh?? kalau berdegil tak nak makan..takut pengsan pula. not easy to be mommy, uols. 

Apapun...semoga anakku ini sentiasa dilindungi olehNya.



No comments:

Post a Comment