Wednesday, September 26, 2012

::semangat berpantang::

wahaaaa....belum beranak aku dah berangan-angan dah. aku nak berpantang habis-habisan kali ni. kata orang, wanita lepas bersalin merupakan time untuk perbetulkan semula sistem badan. dulu, bersalin first..aku betul-betul blurry momma. nak-nak pula mode tahun baru cina. sangat mencabar rasanya melihat kuih muih dan minuman berais. sampai kena tegur mak mertua dan mak aku dek kegelojohan aku nak mamah semua makanan. sampai aku pun rasa stress bila tak leh makan itu dan ini...pendek betul akai time tu.

tapi kali ni. semangat berkobar-kobar. aku akan menyahut cabaran berpantang dengan penuh hemah!!! sekarang tengah survey nak amalkan product apa yang terbaik untuk sepanjang tempoh berpantang. Dulu aku amik amway...Ok gak...mak aku lah jadi tukang sapu kunyit, pilis bagai kat tubuh aku. product yang ada dalam set amway memang cukup-cukup untuk tempoh berpantang.  Tapi kali ni...aku nak try guna NR pula. melihat kepada testimoni pengguna, bukan main lagi depa up-upkan product NR ni. yang paling aku inginkan ialah untuk pengurangan berat badan..hahaha...tak nak dah demok2 cam gini. nak gak merasa pakai fesyen dan bergaya meskipun dah jadi ibu beranak dua. hehe...

dan...salah satu alternative yang bakal aku lakukan ialah bertungku. phiewww.... maka perlulah aku sediakan arang kayu banyak-banyak. bakar dan jadikan bara. lepas tu, lepak kat bilik mandi jadikan sauna...ok bah. aku dapat idea tu semenjak aku panggang ikan kat beranda rumah. cam syokkk jer kena kepanasan bara api. nah, mungkin baik kot untuk tempoh berpantang. lagipun aku pernah dengar ada orang siap bertungku dengan membakar kayu bakau lagi.

dan satu lagi....aku telah gi beli kain. panjangnya 20m. nak buat apa??? hihi..nak buat bengkung da...bukan aku tak da bengkung. ada. amway nyer bengkung time my first girl tidak muat daaaa. haha....penat2 laki aku cuba lilit kat badan aku tapi kainnya nggak cukup donk. so, aku fikir kali ni guna bengkung panjang bermeter-meter tu.

haha..setakat ni dulu perancangan aku untuk berpantang kali ni. kan main semangat,kan aku?? apapun...semoga aku mendapat ketabahan dalam melalui kesemuanya ini.  aku dah nekad seriously berpantang bersungguh-sungguh kali ini. Doakan aku...

jiayo momma!!!


2 comments:

linda said...

caiyokk jac! kamu boleh! bagus ye kamu pantang cm org melayu..hihi.. siap bertungku, berbengkung bagai... aku bengkung 40 hari tau..hihi... selamat berpantang....

Mrs. Daniel said...

good. kasi la semangat kat aku ek?? hehe...tu la pasal ko nyer body maintain melatop though dah banyak anak. jemlesss ehhh..hehe..tapi itu penaik semangat kat i tau...

Post a Comment