Wednesday, September 26, 2012

::tak semuanya cam gitu::

ya betul...tak semuanya cam gitu. hanya kerana nila setitik rosakla pula susu sebelanga. well..aku juga nak bagi pujian melambung kat doktor yang bertugas di kompleks harian HTAR. Pujian ikhlas ke atas seorang doktor india. wowwww!!! sangat lemah lembut...kata-kata yang keluar dari mulutnya pun menyenangkan. Cuma aku tidak sempat mengerling tag nama pada bajunya. Turut serta dalam bilik yang aku masuk, terdapat juga seorang doktor india lainnya yang consult seorang ibu yang bakal bersalin awal oktober depan. dan..paling touching, mereka sering dilawatai oleh seorang doktor perempuan senior, berbangsa india juga, berambut pendek. Sangat berkarekter dan berkarisma. Beliau siap memberitahu apa yang patut kepada doktor-doktor yang berada di depan mata aku. sangat kagum...mereka bekerja berkumpulan!!! Aku sedikit pun tak rasa takut...ye lah, bila kita berdepan dengan manusia yang bersikap profesional cam depa.

Aku sempat menitiskan air mata di hadapan doktor muda tersebut. Nak tau kenapa?? hurmmm....sebak gak dada ini dengan penerangan yang disampaikan oleh beliau. Kandungan aku yang 36 minggu ni kelihatannya pun memang agak besar. setelah di scan, timbang tara oleh doktor tersebut, my baby boy dijangka beratnya dalam 3.6kg. berat tu....dulu kakaknya lahir pun 3.5kg. Ada lagi dua minggu untuk aku followup checking kat situ. jadi, aku menangis disebabkan...."puan, kebarangkalian puan untuk dibedah kali kedua adalah besar. Ini disebabkan anak puan sudah kira agak besar. Atau puan nak cuba beranak normal dulu?", soalnya penuh berhemah. "saya nak cuba beranak normal kali ni.." 

"Puan mungkin menghadapi beberapa kebarangkalian risiko. kalau pembedahan, mungkin juga pendarahan yang banyak akan berlaku. keduanya, kebarangkalian kecederaan pundi kencing dan buah pinggang mungkin akan terjadi kerana organ-organ ini berhampiran dengan rahim. Tapi, sekiranya puan ingin beranak normal, dan seandainya bayi puan besar, takut laluan masih sempit seperti yang pertama dulu. (bukaan tak besar). atau mungkin kepala bayi boleh keluar, tapi bahunya mengalami masalah untuk melimpasi pintu berkenaan. risikonya, mungkin bahu bayi akan patah...dan ketiga, bayi mungkin akan kelemasan. jadi puan  rasa puan pilih yang mana satu. nak terus bedah or cuba beranak normal dulu?"

aku. kelu. tak mampu berkata apa-apa. statement demi statement yang terkeluar dari mulut doktor seolah-olah kedengaran dengan tidak jer kat pendengaran. Air mata aku terus menitis tanpa diundang. dan doktor tadi terkejut melihat aku yang sudah terlanjur menangis. huhu...lalu dia menepuk bahuku perlahan-lahan.

"puan, jangan susah hati...tak apa, kita tengok dulu dalam dua minggu ni macam mana. kalau bayi masih kurang dari 4kg, puan boleh cuba. tapi kalau tidak, kena  melalui kaedah pembedahan." dia cuba tenangkan aku. aku mengangguk-anggukkan kepala. aku rasa sedih sangat...

dan....paling menyedihkan lagi.... "sekiranya puan melalui kaedah pembedahan, maksudnya puan hanya  mempunyai satu lagi peluang untuk mengandung.". tersentap aku. "tapi saya nak 4 orang anak, doktor", suara ku antara kedengaran dan tak kedengaran dalam kesedihan.  'tak apa...kalau tiga pun, yang penting semuanya sihat. sebab kalau mengandung lagi sangat tinggi risikonya untuk ibu."

"tak apalah doktor, mana-mana jer lah yang terbaik.  mungkin lepas ni kalau mengandung, aku akan dapat anak kembar dan terus jadikan 4 orang". dia tersengih mendengar kata-kataku yang memujuk diri sendiri. Well, sebenarnya aku terus teringat kat suami aku....sebelum kawen lagi dia kata nak anak 4 orang. aku pula...kalau lebih pun tak  apa. tapi..bila doktor kata setakat tiga jer....hati aku menjadi sayu.

apa-apapun, aku mengharapkan yang terbaik kali ini. aku nak anak aku selamat....aku juga sihat untuk melihat mereka membesar. Bukan senang nak jadi ibu...


No comments:

Post a Comment