Wednesday, September 26, 2012

::selamat jalan, uncle::

hari ini, dalam kesempatan ini aku membelek-belek facebook. ternampak kelibat gambar yang dipost di wall oleh cousinku. Gambar saat-saat akhir seorang pakcikku yang telah menyahut seruan dariNya pada 20/9/2012. Perasaan ini bergelora semula...air mata berjuraian lagi.

Tentang dia. dia seorang lelaki yang aku sanjungi dan kagumi. Dia juga seorang ayah yang aku pun turut menganggap dia sebagai ayah kepadaku jua. Dia sangat baik. seorang yang penuh perhatian. seorang yang lemah lembut dalam menuturkan bicara. Tiada pernah aku mendengar dia meninggikan suara. bahkan bila berbicara dengan isteri dan anak-anaknya, suaranya begitu menyenangkan. Dia murah dengan senyuman. Tak kira apa situasipun, dia tetap tersenyum dan kelihatan tenang. Sehinggakan aku mengimpikan mempunyai pasangan hidup sebaik dia. Dia telah aku dan suami pilih sebagai saksi pernikahanku. Bagiku, dia seorang lelaki yang cukup sempurna.


Rupa-rupanya di sebalik senyuman itu dia menyimpan penderitaan. Kesakitan. Keluar masuk-keluar masuk hospital. Bila aku tanya, dia kata dia kena ulser perut. gastrik kot..tak tentu masa makan, katanya. ialah..dia seorang guru besar. Tinggal berjauhan dengan isteri. dia di kawasan pedalaman manakala isteri tinggal di bandar kerana menjaga anak-anak yang masih bersekolah. Pada hujung minggu dan hari cuti sajalah mereka sekeluarga berkumpul.  seperti mana keadaan yang dilalui oleh ayahku suatu ketika dahulu...ayah dan ibuku terpaksa tinggal berjauhan demi anak-anak.~~pengorbanan ibu dan ayah~~.

Tapi kali ini, dia jatuh sakit. aku call dia pertama kalinya. suaranya masih ceria. masih lagi menghiburkan aku dengan kata-katanya yang bersahaja. Aku pun rasa tenang. Mungkin sakit-sakit biasa jer kot...aku lega. tapi kemudian mendapat perkabaran lagi, dia masuk semula. aku call kali ke-dua, dia minta aku mendoakan kesihatan dia. suara agak lemah tapi dia kata jangan risau..so, aku pun fikir...ya, dia akan sembuh. semuanya akan OK. aku berdoa dan berdoa memohon kesembuhan dan miracles buat dirinya..aku sentiasa mengharap meskipun sampai ke titik akhir. Tapi...Tuhan ingin melepaskan dia dari kesengsaraan yang dialaminya. Kini dia tidak lagi menderita sengsara...Segalanya sudah berlalu. dia bebas dari penyakit kansernya dan kini bersama Dia yang lebih mengasihinya.

sehinggalah sampai satu ketika, aku diberitahu yang dia dalam keadaan yang nazak. aku jadi tidak ketentuan. teringin sangat nak pulang Miri. tapi keadaan aku tak mengizinkan. mana mungkin dibenarkan menaiki pesawat dengan perutku yang boyot sebegini. sehinggalah akhirnya aku diberitahu yang dia telah pergi buat selama-lamanya. terdiam. Aku seperti tidak percaya. tampak lagi segar di minda dan ingatanku akan senyumannya. even ketika aku menaip entry ini...aku masih tak percaya yang dia sudah tak ada. aku masih dapat merasakan yang dia masih ada. senyumannya segar dan hidup dalam ingatan aku.

Apa lagi yang aku mampu katakan. Aku sangat sedih... meski dia hanya seorang pakcik buat diri ini, aku menyayangi dia dan menyukai dia seperti ayah aku sendiri. Selamat Jalan Uncle Tom. Aku akan sentiasa merinduimu. Engkau sentiasa berada dekat dengan hati ini. Semoga rahmat Tuhan sentiasa berserta dengan mu. Aku pasti suatu hari nanti kita pasti akan berjumpa jua...




No comments:

Post a Comment