hari ni aku gi klinik kesihatan lagi. jam sembilan dah sampai klinik, tapi prosedur menyebabkan aku terperangkap sampai jam 1.20pm. lama ke tak lama tu?? boring kan?? kesian kat ibu-ibu mengandung dan bayi-bayi. entah kenapa prosedur checkup mengambil masa yang agak lama. hurmm..ialah, doktor pun ada dua tiga orang jer. tak cekap langsung rasanya perkhidmatan yang dirasakan.
dan..hari ni aku scan untuk minggu yang ke 29. hurmmm...teruja sangat tengok bayiku walaupun tak jelas sangat kat screen. aku merenung bersungguh-sungguh screen dengan harapan mendapat hint bahawa nanti baby yang bakal ku peluk adalah baby boy or baby gurl. tapi tak nampak juga...nak tanya doktor pun segan. heee..but then, doktor cakap "uri u masih kat bawah lagi." jantung aku berdebar-debar...itu satu statement yang kurang enak untuk didengar.
kemudian dengan rasa yang was-was aku beranikan diri menanya doktor..doctor, macam mana ni?? aku sendiri tak tau nak menyusun kata-kata. coz jiwa aku dah gementar. "hurmm..tak apa...kita tunggu dulu sampai minggu ke 34. masih ada peluang lagi untuk uri naik. kalau tidak, nanti kita refer awak kat hospital. kemudian baru kita tahu apa keputusan mereka." hati aku sangat-sangat tak enak...ye lah, dulu aku warded kat hospital gara-gara diabetis (my first preggy), aku sempat gak berkenalan dengan para ibu yang uri di bawah. mereka kena bertahan di hospital sehingga anak mereka dilahirkan. Ada yang duduk kat hospital sampai 3 bulan..dan sempat gak peristiwa tumpah darah berlaku terhadap seorang ibu yang berkedudukan uri di bawah. Terus pengalaman ini menghantui minda aku... aku takut.
apapun, i m praying for the best. hope for the best. God have mercy on me and my baby. Semoga peluang 4 minggu lagi ni, kepala my baby tak lagi menegak dan uri tak lagi berada di kedudukan bawah. aku dah risau dah sekarang ni...balik tadi, terus aku google pasal Uri bawah ni. ianya agak normal, tapi agak merbahaya. Ada tak aranya untuk menaikkan uri ni agar berkedudukan normal??
Tuhanku, padamu ku berserah.
No comments:
Post a Comment