Semalam setelah mendapat perkhabaran dari klinik bahawa uri aku masih lagi dibawah pada usia kandungan 29 minggu, aku memang susah hati. aku mula google sana sini pasal uri bawah ni.. nasib baiklah aku punya uri bawah ni still tahap satu dan tahap dua. Maksudnya, masih belum menutupi laluan peranakan dan still boleh berubah kedudukannya.
Sepanjang hari ni aku berbaring jer. Menurut artikal2 yang aku baca. kebanyakannya menasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan pergerakan, kurang berjalan dan banyakkan berehat dan berbaring. dan satu lagi petua yang sempat aku baca ialah, dengan meletakkan kaki ke dinding, bentuk L. tapi aku takda lah sandarkan kaki aku kat dinding. aku cuma mengangkat kaki aku sadaikan di atas sofa. hurmm..tak tau berkesan ke tak. tapi sepanjang process ni tadi, memang aku dapat rasakan pergerakan si kecik dalam sana. Active. mungkin dia sedang memperbetulkan kedudukan dia juga kot. =)
Petang ni aku ke klinik. aku nak kepastian lagi kedudukan uri aku. dan syukurlah...uri dah naik. kepala baby pun dah ke bawah. sangat lega rasanya... "uri ni boleh turun balik ker doctor?" tanyaku takut perkara yang sama berulang kembali. "taklah..dia tak akan berubah dah...kedudukan dia dah normal ni." and then, sempat juga bertanya doktor. Apa agaknya jantina baby aku ek?? dia pun mencuba mengintip...taraaaa...haaaa, puan. nampak tu... kemungkinan lelaki ni. sambil dia menunjukkan something yang berbeza dari kakaknya dulu. nah, dah dua sudah doktor yang mengatakan bahawa adik si kecik aku ni lelaki. plus, hari ni aku nampak sendiri 'benda' yang ditunjukkan oleh doktor. cant wait to huggie u, my baby boy!!!
Setelah selesai, aku keluar dari bilik pemeriksaan dengan rasa lega...terus aku sms si daddy. "dy, i baru jer lepas scan ni...semuanya dah kembali normal. dan nampaknya u kena cari mulai sekarang nama cina untuk anak lelaki kita.. hehe...well, aku dah sedia pun nama buat si baby ni ha...awal2 lagi dari sediakan. =)
apapun, aku sangat-sangat bersyukur dengan 'keajaiban' yang berlaku pada kandungan ku ini. nampaknya si baby tak nak kasi emak dia susah hati. Plus, si daddy pula sudah planning ke luar kota tak lama lagi. if anything happen..in case...(touch-wood), aku masuk hospital, si daddy kat luar kota, abis anak aku dan si nanny cam mana pula kat rumah?? hurmm..banyak perkara yang bakal merunsingkan berlaku. but then, seperti yang aku baru katakan...Syukur Tuhan kerana mendengar doa hambamu yang hina dan tak berdaya ini.
No comments:
Post a Comment