Thursday, July 19, 2012

: : minggu 29 : :

anakku..
kini engkau berusia 29 minggu dalam kandungan ibu. sungguh ibu merasa bahagia merasakan pergerakanmu di dalam sana. kuat sungguh menendang ibu, ya? anakku...ibu belum pasti lagi samada anakku lelaki atau perempuan. Ibu dah pernah pergi scan kat klinik swasta. Doktor bagitau ibu yang anak ibu adalah lelaki. Ibu tak tau apa perasaan sebenar ibu ketika itu. anak lelaki?? teruja sungguh ibu...nanti muka siapa pula anak ibu kali ni. takkan muka papa lagi kot. hehe..apapun, anakku tetap anak ibu yang ibu bakalan sayang dunia dan akhirat sepertimana kakakmu.. Ibu juga tak kisah andai anakku kali ini mengikut jejak langkah kakakmu. Yang penting anakku sihat. itu yang ibu harapkan dan pohon dari yang Esa.

cuma kini, ibu agak risau dengan perkhabaran oleh doktor hari ni tadi. terdapat masalah dengan kedudukan uri ibu. Ibu mulai berfikiran bukan-bukan. ibu takut....takut....ibu tak nak menyebut akan ketakutan ibu. Ibu sayang anak ibu...ibu sayang kakakmu...ibu sayang papamu juga.  Ya Tuhanku, segala kekuatiranku..keresahanku..ketakutanku..ku serahkan padaMu. Aku mohon perlindunganMu terhadap diri ini dan juga bayi dalam kandunganku kini. Amen.

anakku...
ibu tak berani untuk berbicara dengan lebih lanjut dan panjang lebar. ibu tak nak memikirkan akan kemungkinan-kemungkinan yang tidak berasas. cukuplah setakat ini, kehadiranmu sangat membahagiakan ibu dan papamu. kami tak sabar menunggumu. tak sabar untuk memelukmu..tak sabar untuk melayan karenahmu dan tak sabar untuk melihat engkau menemani kakakmu.

anakku..
ibu menyayangimu...sangattttttttttt sayang. papa pun sama. kakakmu juga. baik-baik di dalam sana, nak. Membesar dengan sihat. Ibu tak sabar menanti hari pertemuan kita. Penyatuan kita sekeluarga, papa..ibu.. kakak dan dirimu.

loves,
mommymu.

No comments:

Post a Comment