Thursday, May 17, 2012

Rita VS Aidil

haha....entry...entry. dah dua hari aku mengikuti kisah si Aidil dan Rita ni. aku siap korek-korek lagi entry "bersejarah" pasal depa. dan pagi ni yang terlatest aku ikuti ialah kenyataan balas Rita terhadap permintaan sang suami yang menarik balik penceraian mereka dan mengajak tinggal di rumah yang disediakan oleh majikannya. Apabila mendengar dan melihat sendiri Rita bercakap pada rakaman video "bloggers", aku tengok dia ni seorang wanita yang tabah. meski kekadang ternampak gak sebak yang cuba disembunyikan oleh beliau. Come on lahhh...tak yah lah lagi nak permainkan isu perbezaan usia antara Aidil dan Rita. yer..memang lah si Aidil tu muda 10 tahun. So, What???  bukannya bermakna si Aidil tu budak bawah umur lagi pun. Kira dah matang dah tu, pandai buat anak tu maksudnya dah pandai nak pikul tanggungjawab dah.

Bukan nak memihak pada Rita, ye lah...berani kerana benar,kan?? Wanita mana yang tak tercalar seandainya suami sendiri dah cam tak tau menahkodai kapal..Aidil sepatutnya mempertahankan isteri dia..menjaga dan melindungi dia..ya, isu lamanya, meski perkahwinan ini tidak mendapat restu gara-gara perbezaan umur, dia (Aidil) harus firm dengan keputusan dia. Terima baik buruk bini dia...meski tak disukai oleh keluarga sendiri, dia HARUS berdiri di sisi sang isteri sesuai dengan niat asalnya yang ingin memperisterikan Rita. Dan...Rita pun cam let go jer semua pasal suami dia kat umum..hehe..pecah rahsia lah pula. Ingatkan jadi bini pemain bola sepak boleh bersenang lenang cam bini David Beckam. Tapi salute la Rita coz all by herself tanpa berkira pun dengan suami. tapi tiba-tiba pula suami buat 'taik'. Hati siapa tak hancur...terpaksa gak 'mengungkit' dan bukan untuk mengaibkan suami. tapi untuk  menyedarkan suami yang dah cam terlena dan terbuai dalam dunia fantasinya.

wah..wah..emo juga entry aku pagi ni. mentang-mentanglah tak sakit kepala pagi ni. hehe..tah lah. aku pun tak nak judge dia orang ni. tapi sebagai wanita, aku rasa tersentuh dengan pengorbanan Rita yang sentiasa dipenuhi dengan onak ranjau dan berduri. setiap rumah tangga ada masalahnya yang tersendiri. bersyukurlah kalau rumah tangga yang 100% aman. tapi seboleh mungkin, lelaki harus bertanggungjawab dalam segala tindak tanduknya. tak sayang bini...or...dah ada betina lain, berterus terang ngan bini kalau nak lepaskan. lepaskan cara baiklah. bak kata Rita, dia tak kan merayu "tolong jangan ceraikan saya". aku pun sokong statement tu. ialah...kalau laki tak sayang, buat apa nak tinggal lagi serumah ngan dia?? buat apa nak menyeksa diri dan perasaan,kan?? biarkan aku pergi...atau..pergilah kasih...

tak sabar nak tunggu keputusan mahkamah depa. tetiba plak jadi fanatik dengan isu Aidil-Rita ni. Apapun, aku tak nak depa bercerai. Pengampunan merupakan senjata yang paling penting yang harus ada dalam setiap rumah tangga. Andainya senjata ini hilang, maka berderailah runtuh istana yang terbina. So, Forgive each other Rita and Aidil. dan..pasal umur or pasal perkahwinan tanpa restu or perkahwinan di thailand bagai tu, not the main issue now...past is past. Re-unite.


No comments:

Post a Comment