Friday, May 18, 2012

Emo

ya. aku emo. semenjak aku confirm dah membawa budak kecik the second ni, hati aku mudah terusik. air mata mudah mengalir. malah kejadian-kejadian yang aku baca or lihat boleh membuatkan aku tak boleh nak pejam di waktu malam. mata terkebil-kebil, otak ligat berputar.  Bawaan budak agaknya kot.. mungkin juga memang ibu-ibu mengandung memang begini. benda tak seberapa pun boleh menyebabkan linangan bening kejernihan mengalir pantas di pipi.

hari ni, selepas menghantar adikku ke tempat kerja, aku ke klinik. hurmm..kena selang sehari ke klinik untuk check tekanan darah tinggi. under monitor, OK. but so far so good. the reading cantekkk jer. tapi disebabkan aku selalu sakit kepala, so doktor nak monitor dulu tekanan darah ku.

nak dijadikan cerita, aku yang bangga ketika melangkah masuk ke bahagian klinik ibu dan kanak-kanak coz tak nampak kelibat orang pun. wahhh..nampaknya aku orang pertama dan sekejaplah nanti ni. tak perlu tunggu-tunggu. sambil-sambil itu aku memberi perhatian pada skrin lcd yang menayangkan drama lakonan shila Rusli. dan ternyata...watak pelakon-pelakon semuanya terkesan di hati ini. maka aku pun mula menangis. tersedu-sedu. nasib bek tak da orang disekeliling. Agak lama gak rasanya menunggu, satu persatu pelawat datang. "Puan bawa anak sakit kuning ker? nanti we all start keja jam 2.45pm". hampeh..kebanggaan aku sebagai orang pertama luntur. i have to wait for another 40 minute. chittt.....

then, bila time nak check tekanan darah tu, tu missy macam terkejut tengok muka aku. rasanya kedapatan kot air mata yang still bergenangan di tepian kelopak mataku serta pipiku. hadeiii..tapi dia cam tak berani nak tanya pun. selesai ambil aku nyer tekanan darah, normal jer pun bacaannya. aku pun pulang.

tapi on the way keluar dari pusat klinik ibu dan kanak-kanak aku akan melimpasi makmal. kedengaran bayi menangis akibat suntikan mengambil sample darah. sekali lagi air mata aku mengalir laju. sayu. Terlalu sensitif nampaknya aku ketika ini.


No comments:

Post a Comment