Thursday, May 31, 2012

malas

ya. terasa sangat malas sekarang ni. malas buat segala-galanya. rasa nak relaks jer..tapi, banyak kerja menunggu. tak buat karang, suami balik keje, bising plak. terasa lemah sebenarnya. sampai nak bergerak pun rasa tak da mood. tapi, rumah harus juga dijaga kondisinya. siapa ingat jadi suri rumah tangga sepenuh masa boleh duduk relaks goyang kaki dan tido memanjang. hati penuh kerisauan, tau. lagilah ada anak kecik yang sibuk sangat nak menyepah. dalam keadaan yang agak boyot begini memang emosi dan mood yang kita lalui pelbagai. cepat nak membengang. cepat terasa. 

Cuma bezanya, kat rumah ni kita boleh tentukan masa kita sendiri bila nak buat sesuatu. tu jer... cepat atau lambat tu lain cerita. jadi suri rumah tangga ni kerjanya 24jam. even masa tido pun kita tak boleh tido dengan lena. anak nangis jer, kena alert. tak boleh kasi dia nangis lama-lama takut bapanya terjaga. nak kena bangkit dari pembaringan buatkan susu. pagi-pagi kena bangun gak siapkan apa yang patut sebelum suami turun keje. cuma sekarang ni, aku kurang bangun awal sama ngan suami. dia pun faham kot kondisi aku. sometime aku tido awal coz aku dah rasa penat. kalau dulu, boleh duduk tengok tv sampai midnite. sekarang, dah pukul 9 atau 10pm jer, aku terus berbaring untuk tido.

tapi, dalam melayan kemalasan ini, harus juga buat apa yang patut. kalau tak orang ingat kita ni goyang kaki jer kat umah...tak sabar nak ada kerja. jadi suri rumah tangga sepenuh masa ni agak memeningkan kepala dan membosankan...boring!!! 

No comments:

Post a Comment