sewaktu mrsd tengah nak memulakan bicara ini, kat luar jendela kelihatan rintikan hujan. ya. sememangnya mrsd baru jer balik dari klinik untuk bsp review yang dibuat semalam. syukur buat permulaan ni, tak ada "pen merah" yang mengotori list bsp msd. haha..orang bujangan or belum mengandung tah2 tak paham kot apakah itu bsp?? well, sekadar penerangan ringkas. bsp ni ialah ujian untuk test gula dalam darah. alahhh..yang main cucuk2 jari tu. begitu la...hehe...
actually, kebelakangan ni, mrsd jarang sekali on lappy mrsd. tiap kali ngadap lappy, si kecik menangis berebut nak menekan punat keyboard sama. hurmm..last2 si mommy terus tutup. berfacebook pun through tablet jer. oklah..tak da apa pun yang mrsd nak ceritakan. banyak sangat peristiwa yang berlaku sampai mrsd tak tau nak mengarang ayat. ya...jiwa tengah bercelaru. bak kata orang...jiwa kacau.
agak busy sekarang dengan kandungan yang ini. badan tak putus2 sakit. dua hari lepas gi berurut. first time mrsd berurut membengkak. hadoiii..tak boleh nak baring. semalam pegi lagi...nak kasi si tukang urut surutkan. ok jugalah...makcik yang urut ni memang power. dia cam sengaja jer tekan kuat2 kalau kita ni mengaduh..geram pun ada, gitu. actually nak gi kedai urut. suami pun suh pegi kedai urut. plus ada promotion. well, bila tau mrsd mengandung, mereka tak nak pula. kecewa gak lah....
semalam tido awal dalam jam 9.30pm. consider awal lah tu..biasanya sampai midnite baru membaringkan diri. tapi semalam betul2 rasa ngantuk selepas diurut seluruh badan. tapi kaki dia skip pula.katanya boleh bleeding...alahai..aku ni nak suh picit relax jer. bukan nak kuat2 pun...yang penting rasa denyut2 kat kaki tu lega. tak paham betul lah.... anak aku sebetulnya, pulang dari daycare semalam pun dah mengantuk gak. penat gak kot. hurmmm...tapi selesai mandi, dia nak main pula. tapi terpaksa gak tido coz mommy dia tutup lampu. budak yang satu ni, mommy dia lagu twinkle2 little star terus tak boleh berjauhan dengan mommy dia. menangis. takut. hurmmm..lawak pun ada. ialah...my husband gi lekat bintang bagai kat siling bilik tido. bila terang benderang tu, dia cam takut plak...haiseyyyman. apala..
oklah..mrsd nak rehat dulu. sakit bahu selalu jer menjenguk mrsd sekarang ni. agaknya driving punya pasal kot. terasa diri ni mudah jer sakit kalau silap2 gaya or kekasaran yang berlaku pada diri ini. anak manja kali yang di dalam ni. hadoiii....suami pun dah 5 hari tak pulang. si anak plak semenjak daddy dia outstation, balik-balik sebut papa..papa..papa...pagi-pagi, sebelum tido or di dalam kereta. rindu agaknya dia kat daddy dia kot. hurmm... daddy dia pun bukannya nak call sangat. tak rindu kat bini dia la tu.. huhu..tak per lah...malas nak layan perasaan jiwang2 nih. biarlah...
nak tido jap. jommmm.
No comments:
Post a Comment