Tuesday, April 24, 2012

Intimasi ketika hamil

hamboii...tajuk entry. Anda berani baca?? relax arr...ini sekadar perkongsian umum jer. Minggu lepas aku pergi  berurut dengan seorang makcik ni ha...mulut dia memang ringan jer bercerita pot pet pot pet....makcik lah katakan. eishhh adik ni...anak sulung dulu lahir normal ker ikut tingkap?? aku pun selambakan diri aku juga. Ikut tingkap kak. ni mesti adik kurang bersama dengan suami ni ketika hamil. aku angguk. ye lah..perut dah boyot, manalah berani nak lakukan aktiviti "lasak" seumpama itu dah. di awal kehamilan pun kami suami isteri terus menghentikan kegiatan sukan yang satu ni. kata orang, rahim tak kuat lagi. kena jaga-jaga..lepas first trimestar tu, ok dah. hurmm..tapi aku dan suami memang tak beranilah nak berisiko. Lagi satu, time ngandung yang first, aku tak leh nak hidu bau badan suami. siap bina benteng lagi di antara kami. haha..kenangan lucu gak la.

makcik tadi pun apa lagi..adik, lepas ni tak payah dah nak puasa-puasa tu. nanti dah beranak, time tu lah puasa 40 hari tu. ooo..jawabku. dulu, akak ni. Esok beranak, malam ni masih lagi bersama suami. senang untuk bukaan. biar jalan licin, katanya lagi. owhh...kataku lagi. lagi satu..biasanya time mengandung ni, suami rasa semacam jer bila bersama dengan bininya. ada kelainan..."rasa lebih sedap..ketat pun ada". hahaha..terkeluar pula gelak jantan aku dengan bahasa makcik yang selamba jer ni. adik, jangan kedekut dengan suami tau..time ni, dia nak. kena bagi..haa..ada sesetengah wanita tu, rasa nakkkk ajerrr ketika mengandung. lagi satu kesilapan wanita ni, tak nak bagi kat suami last-last suami try kat luar, lagi bahaya. adik tengok jer lah kes-kes kat luar sana. suami selalu curang kat bini ketika bini dia orang hamil atau ketika pantang.  peliknya adik ni...tak mau lah cam gitu lagi. jangan takut...tak ada apa lah.

entahla...aku kalau pegi berurut dengan makcik ni, ada-ada jer info baru yang aku pelajari. maklumlah, orang lama. banyak pengalaman. Walaupn pemikiran dia agak kampungan tapi bila tengok penampilan dia, mak oiii...up to date,uols.  well, conclusionnya...aku pun tak pasti selamat ke tak berintimasi ketika hamil ni. saja nak kongsi cerita jer.

4 comments:

bagitau.com said...

tetiba nak contact suami suruh balik awal bila baca post ni. haishhh.

Mrs. Daniel said...

haha...boleh ba kalau ko..mesraaa gitu.

lily lotus said...

erk tenkiu sudi share kat sini haha, sangat berguna for me :D

Mrs. Daniel said...

hee..rasanya ramai yang tak tau kot. or rasa was-was. termasuk gak diri aku ni ha. luckyly, dapat info aka ilmu dari seorang makcik tukang urut. =)

Post a Comment