sekadar nak berkongsi pengalaman ketika mengandung. setelah membuat self-test sebanyak tiga kali menggunakan self-tester, ternyata aku sah mengandung. Tanpa berlengah lagi aku mengajak suami membeli multi-vitamin untuk wanita mengandung iaitu Obimin. tapi setelah aku mula mengikuti checkup di klinik aku mendapat free multivitamin yang exactly sama dengan Obimin yang aku beli di farmasi. warnya dan panjangnya sama...kat luar aku spend rm30 untk vitamin tersebut. kat klinik, aku dapat free...so, buat apa buang duit untuk barang yang sama?? tapi aku membeli Obimin terdahulu sebabnya aku excited sangat nak baby dalam kandungan aku sihat dan membesar dengan gayanya. so, sepanjang kandungan ini aku mengambil pil yang diberikan oleh klinik kerajaan serta iron tablet untuk menambahkan darah. ye lah..aku selalu jer merasa 'semut-semut' di hujung jemariku. kini dah tak ada lagi. tapi yang pelik, setelah aku makan kedua-dua pil ini, aku seolah-olah terasa kenyang jer. Menurut kaum ibu, pengambilan pil pink yang diberi klinik memang baik untuk tumbesaran bayi. so, barang baik...ON jer lah. makan pun sebiji jer sehari. hehe...
No comments:
Post a Comment