Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia

Hari ni hari jumaat. Kerajaan telah mengumumkan bahawa 16 September 2011 bahawa Hari Malaysia akan diadakan di Dataran Merdeka. Aku dan Keluarga?? hehe...menyambutnya di depan tv jer. Si kecik hari ni badan dia panas. Demam barangkali... so, hari ni aku berkeputusan untuk tidak membawanya keluar dari rumah. Duk diam-diam dalam rumah jer...boleh ba tu.

Ya, bersempena dengan Hari Malaysia atau 1 Malaysia yang telah menjadi satu gagasan negara, aku ingin melaungkan juga MERDEKA!!! MERDEKA!! MERDEKA!!! Semangat kuat ni dalam hati....semangat rakyat Malaysia yang cintakan tanah airnya.

Jadi, bersempena dengan Kemerdekaan Malaysia yang ke-54 tahun ini, aku sangat-sangat berharap agar Malaysia kekal menjadi sebuah negara yang aman dan damai. Tak nak ada pergaduhan. Apatah lagi peperangan. Mak cik tak nak oii...Tak nak la gaduh-gaduh pasal bangsa...gaduh-gaduh pasal agama...gaduh-gaduh pasal agenda tersembunyi....tak nak gaduh-gaduh pasal kepentingan diri sendiri....tak nak wujudnya isu-isu yang berat sebelah jer...tak nak wujudnya isu~~>dia jer betul, orang lain tak....nak AMAN jer. Pukul jer sama rata semua bangsa yang menghuni negara ini..tak nak ada anak emas...tak nak wujudnya beruk di hutan di susukan.

Kalau boleh tak nak lah barang naik harga...minyak naik harga.. kerana, kalau segalanya naik, taraf hidup pun semakin naik, maka kadar jenayah pun semakin meningkat. Pasalnya, dah tak mampu nak membeli atau menyara hidup dalam keadaan ekonomi yang parah...so, apapun orang sanggup nak buat. nak survive...jadi, biarlah negara yang aku cintai ini ekonomi-sosialnya sentiasa bersederhana.

Inilah harapanku pada negara ini.

Thursday, September 15, 2011

Bengang

si kecik menangis dan menangis lagi. hadoiii!! bengang gak kepala otak aku ni. serabut giler...ni nak gi perjumpaan student akhir ni. dah la lewat petang tamat pula jam 9pm, konon-kononnya. Nak pegi jer perlu memasak bubur...sediakan air panas, botol susu, ect...macam nak pegi picnic pula. bukannya aku menyempat nak buat preparation untuk ke kelas. tak tau dah apa nak bawa....semua nak kena siapkan keperluan si kecik dulu. tears me. Padan muka aku. tu lah...tak habis belajar, nak sangat buat anak. kan sekarang dah terhantuk!!! Aku sorang juga kena memikul tekanan in. sorang. rasa kasih aku bertukar kepada rasa geram pula kat si kecik...suara dia dah serak dah sekarang. setiap hari terpekik terlolong...geram kuat o!!

Tuhan tolonglah berikan aku kesabaran terutamanya dalam menangani perangai si kecik ni. aku semakin hari semakin geram. terkadang naik juga tangan ini di pahanya dan juga betisnya dan terkadang terketik juga kat telinga. dan ini terjadi ketika aku sudah hilang sabar...aku tak nak buat cam gitu. tapi aku kekadang di luar kawalan waras ketika dia asyik memekak, memekak dan memekak!!!!!!!!!! bengang.

Nostalgia Hari Raya

Aku rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam dan tentu sekali tak menyambut raya. Seperti kebiasaan, bila takbir bergema, para penganut agama Islam pasti akan terasa. Tak kiralah, merasa gembira disebabkan kemenangan berjaya mengatasi nafsu selama sebulan dan juga merasa hiba kerana perayaan tersebut tidak lagi disambut bersama orang tersayang. Cam aku juga...Hari Raya adalah satu "tanda peringatan" buat diri ini. Aku pun turut bersedih dan berhiba setiap kali Hari Raya menjelma.

Aku kehilangan abang tercinta pada 23 Oktober 2006. Sehari sebelum raya iaitu 24 Oktober 2006. tolak tambah tolak tambah sudah  6 tahun abang tersayang meninggalkan kami sekeluarga. Tapi, bagi aku....aku cuma merasakan yang abang aku ni gi merantau jauh. dan seolah-olah suatu hari nanti dia akan kembali. Sebabnya, aku tidak sempat menatap pun wajahnya buat keterakhiran kalinya sebelum beliau bersatu dengan tanah. Aku cam tak percaya sampai sekarang yang abang sudah tiada. ~~o ow..air mata bergenang la pula.~~

Abang aku menghidap penyakit skizofrenia secara mengejut. Itupun kami sekeluarga tidak dapat menerima kenyataan. well, sebenarnya beliau telah dipukau pada awalnya. bukan aku nak mengarut, tapi bukti-bukti pemukauan telah dikesan oleh salah seorang lagi abang aku yang telah dijumpai di dalam baju mendiang. Setelah dibawa berjumpa doktor, doktor turut memberitahu bahawa kesan pemukauan tersebut boleh hilang jika abang seorang yang kuat semangat dan boleh juga berlanjutan. Abang aku ni sangat baik. terasa tidak ada pria di luar sana seperti abang. Dia baik dengan semua orang. Thats why ramai yang mengambil kesempatan terhadap beliau. Tapi dia tak kisah juga. 

Peristiwa yang paling sentap yang menyebabkan beliau telah membuat keputusan "membawa diri" setelah risikan atau pinangan beliau ditolak oleh seseorang yang sangat beliau kasihi. kemurungan beliau semakin menjadi-jadi. Sehinggalah pada suatu hari beliau tidak menunjukkan apa-apa tanda dan "pergi" dari hidup kami sekeluarga. Dan baru-baru ini aku pulang ke Miri terjumpa diari mendiang yang disimpan rapi oleh ibu dan ayah. Mendiang menyimpan gambar "kekasih hatinya" dan surat di dalam diari tersebut. kesian abang... hingga kini aku merinduinya. sangat-sangat merindui...justeru, apa bila raya menjelma...aku turut merasakannya.


Diatas ialah gambar kenangan bersama mendiang pada penghujung tahun 2002. Handsome,kan abang aku?? huhu..yang ditengah-tengah tu ialah adik bongsu aku. Beliau dah tak sesihat ini dah sekarang. Orangnya dah tinggi dan slim plus handsome juga...tapi still little brother in all our family members heart.

Duhai abangku,
semoga engkau tenang di alam sana. aku dan keluarga tetap dan sentiasa merinduimu. Engkau sentiasa kami ingat di dalam doa kami. Tuhanku, terimalah persemadian mendiang abang tercinta. Abang....aku sangat rindu padamu!!! aku sangat rindu pergaduhan yang sering terjadi di antara kita.....aku sangat merindui segala gurau senda dan gelak tawamu....sangat rindu. huwaaaaaaaaaaaaa!!!

Wednesday, September 14, 2011

Hey!!! Dont just sit down there!!!

ya...jangan hanya duduk ngadap lappy jerk. haiya...semenjak kenal kekasih baru bernama Nuffnang ni, aku nyer semangat "bercinta" ngan dia agak membuak-buak. cam seronok jer tengok BE masuk...sehingga membuatkan aku lalai dan leka dan terlupa niat asal aku berblogging. so, sekarang aku harus perbetulkan balik aku nyer niat. tak kisahlah berapa ramai pengunjung unik aku...tak traffik pun tak apa coz aku berblogging untuk kepuasan diri sendiri jerk thats why aku nyer post kebanyakkannya berkaitan rapat dengan diri aku dan persekitaran aku jerk. aku tak da masa nak menceritakan perihal dunia yang aku sendiri kurang arif dan pasti. Yang jelas, aku tau tentang aku dan persekitaran aku. dan itu adalah benar. Ya, aku nak mengikhlaskan hati ini semula untuk melakukan hal yang aku suka kerana minat dan bukannya kerana $$$. coz kalau kerana $$$ jadinya, rasa tertekan dan akhirnya bosan apabila meletakkan target yang akhirnya tidak kesampaian.

justeru itu, aku harus set masa bila nak berblogging.~~yang pasti, time free je ok!!~~. Aku ada misi yang harus diselesaikan dan harus disiapkan. Misi yang sangat penting dan merupakan aku nyer hala tuju masa depan. so..dont just sit down there, mrsD. do something....your books waiting patiently right infront of your eyes. take it. hold it. kiss it. and this is the time. No body will help you to do your work...You may delay, but time will not.. 


Proscrastination is the art of keeping up with yesterday. The two rules of procrastination :
i.  do it today
ii.  tomorrow will be today tomorrow

~~Mode : MrsD in critical~~ 

Memey ditaja jutaan ringgit.

mrsd duduk ngadap tv bersama adik petang semalam. Layan tv3 Melodi. well..semenjak Farah dan Wahid tak jadi pengacara Melodi, aku pun kurang follow dah Melodi ni. tah la...aku suka tengok perangai si farah yang comel dan natural. dan.....aku tak tumpukan perhatian sangat pun pada rancangan Melodi petang semalam coz aku sibuk berkejaran dengan si kecik. Tapi telinga aku menyempat dengar perkataan "Memey ditaja 12juta ringgit untuk perkahwinan". hamboiii....meletoppp ko, jah!! Peliknyalah...mengapalah aku tak tumpang gembira dengan statement yang terpampang di kaca tv. aku still lagi melabelkan si Memey ni "Kebahagiaan di atas penderitaan orang lain" walau apa sekalipun alasannya. Aku tetap tak SUKA.....(sah-sah kalau Memey dan Norman Hakim terbaca aku nyer blog, mesti menjawab "kami pedulik apa ko tak SUKA!! yang penting kami bahagia.) huhu...