geli hati gak aku terbaca satu penulisan blogger pasal "LIKE"-"LIKE" kat photo orang or komen orang. Bukan aku nak gelakkan or ketawakan orang berkenaan. tapi...disebabkan oleh akuyang turut terasa. cam kena sindir dan perli aku jerrrr .
tau-tau jer lah sekarang zaman IT. kecanggihannya tak pernah terfikir dek akal suatu ketika dahulu. nah..bukan saja kat fb ada menda LIKE ni. sekarang orang dah ada smartphone. adalah pelbagai application kat situ yang boleh mengembangkan contact sosial kat situ. antaranya WeChat, Line, Whatsapp, viber, QQzone dan banyak lagi lah. tak taulah cam mana orang boleh download semua application tersebut. takkan nak guna semuanya kot??? pelik,kan??..
hurmmm..berbalik pada hal LIKE2 ni...honestly aku pun terasa gak. kalau tengok laki banyak like kat gambar ompuan lawa-lawa. mesti depa syukkk,kan sama tu ompuan. heee...aku bukan dengki, tapi kepala hotak dan hati aku mesti tune.."semua laki sama". pantang tengok ompuan cantik or adalah something yang menarik perhatian depa kat situ sampai mereka tekan punat LIKE.
perihal aku plak. cukup sensitive tengok laki aku LIKE gambar orang ompuan (yang aku tak kenal la tu.. kalau kawan2 dia yang aku familiar, aku tak kisah pun..). lebih-lebih lagi kalu orang lain tak tekan LIKE and dia sorang jer tekan...kemudian followup gambar berikutnya. sakit plak hati aku, ek?? napa orang lain tak LIKE..napa laki aku sorang jer LIKE. ni mesti ikut perkembangan orang ni...dan nak kasi tau bahawa dia memberi perhatian kat orang tersebut. (sangat bahaya terutamanya bagi golongan-golongan pasangan yang cemburu kuat..uhukkk uhukkk...terbatuk la pula... cam aku la tu..) haaaa...boleh mencetuskan perang molot dan perang dingin, ko tauk. kalau nak aman..lebih baik jangan buat!! hehe
moral of the story, mungkin kita rasa saja or suka-suka tekan LIKE. orang yang terima pesanan LIKE tu pun mesti cam syokk jer coz ada orang LIKE kat segala macam post dia. macam aku juga..bila orang LIKE apa aku post, aku mesti check siapakah orang tersebut. hahaha...owhhh orang ini mengikut perkembangan aku. trimas. hadeiii.....
kekadang menda cam gini simple jer...tapi siapa tau dalam hati manusia,kan?? hati lain-lain bah...bak kata penulis blog yang aku baca, NGELIKE post orang boleh menyebabkan suami isteri bergaduh...parah tu. jadi, jangan buat menda yang boleh porak-porandakan bahtera anda dek kerana perkara kecik cam gitu. Senangla nak cakap...elehhh, menda cam gitu pun nak ambik kira ker??!!. haluuuu??!!! sukati aku lah...
LIKE biar bertempat OK!!! hehe...
No comments:
Post a Comment