ngeri...seram....
apa dah jadi dengan dunia sekarang ni?? ya..memang tanda-tanda akhir zaman semakin kelihatan jelas. Membaca, mendengar dan melihat berita mengenai jenayah-jenayah yang terjadi di dada akhbar, radio dan tv membuatkan aku meremang bulu roma. membuatkan aku membebel sorang-sorang!! geram...panas..ku harapkan dari hari ke sehari tiada berita-berita yang menusuk kalbu menikam jiwa kedengaran dan terpampang di media massa. tapi hampehhhh...rasanya, setiap hari ada-ada jer berita yang menakutkan. Terasa dunia begitu tidak selamat untuk didiami.
huhhhh!!!
semalam aku menonton tv3-999 pasal tok bomoh yang nak bernikah batin untuk mengubati orang. oppss...bini orang dan anak dara. Berselindung dan menggunakan agama sebagai sandaran untuk memuaskan nafsu. OMG!!!...takkan perempuan aka mangsa tersebut pun mudah "tertipah". agak-agaklah weiii... tak perlu ilmu penuh di dada untuk kita menidakkan pujukan so-called tok bomoh berkenaan. Gunakan fikiran logik dan waras. Takkan awak dah bersuami, still nak bernikah plak ngan laki lain. itu tak boleh jadi....kesempatan dalam kesempitan betul bah tu!!!
lagi...
pasal bayi yang dicederakan dan di rogol. Kejam,kan?? bayi seusia sebulan....apa dia boleh buat?! nak menjerit? nak meronta-ronta minta dilepaskan?? sedangkan orang dewasa pun tak mampu melawan inikan pula baby yang belum mengenal erti dosa dan pahala. sesak nafas... aku menjadi takut untuk melepaskan anak aku dari pandangan walaupun barang seketika cuma terutama ketika berada di luar rumah. Lelaki...sekarang tak boleh agak. Bila nafsu bermaharaja lela, otak waras semertabat dengan binatang. Hanjingggg!! Jangan sesekali percaya kat orang daaa...jiran ker...sapa ker...sapa tau bila sang bertanduk mula mencucuk-cucuk depa untuk berbuat jahat pada bila-bila masa. lebih baik berjaga-jaga sebelum terjadi. jauh-jauhkanlah...
dan....
tidak termasuk lagi kes buang bayi...flush dalam toilet...buang dari tingkat atas flat. Oh Tuhan....terimalah bayi-bayi yang tidak berdosa ini di pangkuanMu~~malaikat-malaikat kecil.~~ Ni lah kes berani buat tak berani tanggung. aku yang tengah preggy 9 bulan ni pun terasa sangat membawa badan ke sana ke sini. rasa berat...rasa nikmat setiap kali dinding perut ini ditendang oleh si kecik. Rasa bahagia...rasa tak sabar nak menyentuh..nak mencium...uhhhhh, bagaimana si ibu yang tak berperikemanusiaan yang sebenarnya telah diberi peluang selama 9 bulan untuk berfikir secara waras....mencari jalan penyelesaian.....mencari orang untuk dijadikan bayinya sebagai anak angkat. sekurang-kurangnya beri peluang kepada si kecik untuk menikmati kehidupan ini. Mungkin nasibnya lebih baik...kalau setakat nak jaga air muka sendiri akibat malu tapi berkelakuan seperti binatang, baik dengan awak-awak sekali mati lagi baik LAH!!! betul kita melakukan kesilapan....tapi bukan bererti tiada U-turn dalam hidup ini untuk memperbaiki diri dari kesilapan lampau. Insaf...dan bertaubat. Siapa kat muka bumi ni suci?? bersih?? dan tidak pernah melakukan kesilapan..cuma kesilapan yang kita lakukan adalah tidak sama meskipun sebenarnya serupa. Tuhan kan maha Penyayang...dan Pengampun...
oklah....
cukup setakat ini dulu luahan hati aku buat masa ini. Terasa tak sihat pula aku memikirkan dan mengenang akan nasib baby-baby malang yang menjadi mangsa kekejaman dan kerakusan manusia yang sepatutnya menjadi pelindung kepada insan kecik seperti mereka.
Aku yang tengah emo.
No comments:
Post a Comment