Monday, March 5, 2012

Dia buat perangai

seawal 4am mrsd terjaga. si kecikku nak menyusu. mrsd kasi. tapi malangnya, mungkin si kecik tertidur, lalu digetapnya puting susu ibu. huhu..sakitnya, bukan main. terasa cam putus jer. lalu aku menariknya dan mengalih badanku dari mengadap si kecik. apa lagi, subuh-subuh dia meraung-raung. aku buat tak layan jer..but then, sampai satu tahap, coz dia nangis emotional sangat, sampai tersedak dan nak muntah-muntah. nasi dan susu basi terkena badanku. pada awalnya, daddynya pujuk gak suruh dia tido. mungkin melihat tiada response dariku, tangisan dia menjadi-jadi. tapi bila dah tersedak, hati aku tak senang. ingat nak mogok tadi. terbatal plak... aku yang membatukan diri terus bangun sepantas kilat dan terus merampas dia dari daddynya. aku menepuk-nepuk belakangnya supaya dia betul-betul keluarkan muntah tersebut. Nasib baik adik aku pernah ajar cam mana nak tepuk belakang kalau budak tersedak or tertelan something.  aku takut dia lemas coz bila dia menarik nafasnya sambil menangis, muntah tersebut cam stuck kat anak tekak dia. memang susah untuk bernafas.  i know how it feels. cepat-cepat suh daddy dia suis on lampu. dia still nangis dengan nada sedih mode yang teramat sangat. huhu..mungkin terasa aku tak pedulikan dia kot.

hadoiiii..menyesal pula dalam hati coz biarkan dia layan terus-menerus tangisan dia tadi. muka dia kelihatan pucat. terus aku memeluknya. perasaan serba-salah sangat2 menguasai diri. kemudian dia sandarkan kepalanya di dadaku after settle hal muntah-muntah dia. kelihatan lemah. lantas aku suakan lagi putingku buat dia. (puting=ko orang jangan terasa lucah pula bila aku guna perkataan ni. biasalah ibu-ibu yang bf.) dia menghisap bersungguh-sungguh. bila keadaan agak reda, aku cakap kat dia. "bb, mommy tukar pampers ok?.' berulang-ulang. then, dia lepaskan susunya. dia faham juga tu. time aku tukar lampin dia, dia siap angkat kaki lagi. lepas tu aku pakaikan dia seluar. dia tahu angkat kaki, satu-satu masuk ke lubang seluar. sambil berbaring dan seolah-olah mengharapkan aku sambung aktiviti penyusuan. kemudian aku tukarkan bajunya pula. dia nangis sekejap coz aktiviti tergendala. bau masam dan busuk susu basi yang dimuntahnya membuat aku sedikit mual. lepas tu, aku gi buatkan susu botol dia setia pula menanti. tak menangis. then, aku bagi susu botol, kejap jer dia hisap. owhh..dah nak tido dah, bisik hati kecilku. aku pun mengambil tempat di sisinya. dia menangis pula. dia bangun dan nak aku memeluknya. dan kami duduk berpelukan untuk satu tempoh agak lama. kemudian aku perlahan-lahan baringkan dia...dia nangis lagi, nak aku peluk juga. apabila keadaan dah ok, aku slow talk ngan dia. "bb tido dengan teddy bear ni k", kataku sambil menepuk-nepuk bantal yang bercorak teddy bear. dia cam akur. itupun, aku berbaring dan menepuk-nepuk dadanya. apabila mendapati dia dah mula berlayar ke alam mimpi, aku punya mata pula tak nak terpejam. 

lantas aku mengadap lappy ini. aku nak catat keadaan atau pengalaman ini. setiap sesuatu yang terjadi dan dilalui bersama si kecik adalah berharga and i dont want to miss a thing.  tadi sebelum tido, aku berposisi mengiring mengadap dinding coz meletak bantal di bawah perutku. dia menarik rambutku agar aku mengadap ke arahnya. bila aku buat deq, dia gi cium pipiku. tapi still aku buat deq. last-last, dia menampar-nampar kepalanya sambil melihat mukaku. huhu...sedih aku. sampai begitu sekali dia mencari idea untuk mendapat perhatian dariku. terus aku mendakapnya dan menyusukannya. hadoii... mana tau, jam 4am ni pula dia buat perangai cam gini. aku sangat risau kalau-kalau #penyakit misteri#nya kembali lagi. saat yang paling mencemaskan dan menakutkan aku sebagai seorang ibu. (Penyakit misteri itu berkeadaan seperti ini; dia akan menangis sehingga nafasnya terhenti. wajah jadi pucat lesi. tubuh jadi longlai lemah tak bermaya) dan aku sangat-sangat bersyukur coz dia tak alaminya lagi. tapi sekarang, aku mula risau lagi....huhu



No comments:

Post a Comment