pagi ni mrsd rasa Ok sikit setelah terjaga dari tido. semalam mrsd tido awal. pening kepala. nak tengok cerita jam 9pm pun tak leh. coz suami tengok cerita raja monyet tv8. hurmm..actually, kepala aku dah sakit pun. cuma cam nak kuatkan semangat duduk tercongok depan tv nak tengok liyana jasmay nyer lakonan. cam best bah..tapi terpaksa mengalah ngan laki. so, aku masuk bilik, bedebummm..terus tido. baby pula kat luar bermain dengan nanny. dalam jam 11++ suami masuk bilik tido. ditegurnya aku..hurmmm...malas aku nak layan. actually dia minta aku urutkan kepala dia. mungkin bila aku tak da response, dia tau la kot yang aku tak berapa sihat kepala otak aku ni. dia plak picit-picitkan kepala aku. rasa lega...tapi kejap jer. si baby masuk bilik. ditolaknya tangan ayah dia yang sedang memicit kepalaku. dipusingnya mukaku mengadap dia, terus cium-cium muka aku. hamboiii..sayangnya anak aku kat aku, bukan main lagi yer...jeles bah sebenarnya tu coz daddy dia kasi muka kat mommy. so, suami nak borak-borak pun aku tak layan langsung. dingin. bukan sengaja, tapi memang sangat sakit kepala. malas nak fikir. nak tido pun payah sebenarnya. tapi aku buat-buat pejamkan mata mencari mimpi.
pagi ni, bila rasa OK aku plan nak gi breakfast ngan suami plak kat kedai mamak tepi pejabat dia. makcik makan thosai kosong and teh O. lepas tu, gi Digi. potong smart plan digi internet makcik..dah tak nak dah bayo bulan rm 49 semata-mata untuk fb jer. kat umah pun dah ada broadband. as if fb sangat2 penting dalam hidup plak. ditambah dengan call n sms. naknya mencecah gak 100++ bill makcik. so, hari ni makcik tukar plan rm48 sebulan utk buat panggilan jer. pakai ke tak pakai ker, tetap rm48 juga kena. kecuali kalau terlebih rm48 tu, dia tambah charge cam biasala. tapi tak lah serugi aku melanggan digi plan. dah hp ada wifi, gi restoran ada wifi dah boleh online dah..apala gunanya bayo bulan2 rm49, tu kan?? hihi...lepas tu makcik gi ambank plak. gi check harga insurans n roadtax. owh-owhhh tak lama lagi due date suda wa punya roadtax ler...
dari ambank ke pendamar plak. gi beli ayam kampung segar u. pilih ayam, sembelih dan tetak depan mata. balik umah, makcik terus masukkan ayam tersebut ke dalam chicken steamer. nahhh...sekarang, makcik bolehlah makan sup ayam kampung yang dicampur dengan herba2 lebihan time beranak dulu. makcik kena buat cam gini utk restore energy makcik ni ha. setiap hari lembik tak bermaya. rasa tak best gituuu..mahal gak ayam kampung sekilo ek?? rm12. tadi makcik beli rm20.40 seekor. aku pun tak tau sangat apa khasiat ayam kampung ni..cuma bila nampak badan si ayam, ianya agak keding berbanding ayam daging la..hadadaaa...tak per lah. kata nak sihat, kan?? hehe...ayam bermacam jenis ayam.
No comments:
Post a Comment