Tuesday, February 28, 2012

Kenyataan hidup: aku anak kampung-bahagian 1

Gambar dari rakan facebook.

kalau uols nak tau...beginilah perjalanan balik ke kampung aku. Jalan sebegini "Chantekkkk" tak dijumpai di semenanjungkan?? walaupun di ceruk mana kampung sekalipun. tapi aku?? inilah yang terpaksa kami lalui untuk sampai ke tempat dimana kami dibesarkan. Kemajuan?? apa itu kemajuan?? kami tak tau dan tak rasa pun kemajuan itu. Mungkin kalau orang bandar tengok ni, mereka pasti akan kata "wahhhh adventure!!!" bestnya, adventure?!" its not funny OK!! kami dah penat lalui keadaan ni. takda maknanya adventure-adventure tu... kalau kat tv3 selalu ada siaran BERSAMA mu. coba, kalau crew-crew tv3 ni pegi ke setiap kampung di bahagian Baram. Boleh dikatakan begitu banyak rumah yang perlu diperbaiki...coz anak-anak dah tinggal di bandar. orang tua, manalah nak tinggalkan rumah pusaka mereka, weiii.  Nah, Rumah lagi teruk dan dahsyat...tak pernah kena repair. tak ada orang hulurkan bantuan untuk buatkan rumah baru. adapun setakat zink... atleast, kalau jalan elok, boleh gak mengangkut simen, papan, cermin dari bandar untuk perbaiki rumah. niat nak baiki rumah pun tergendala dek perjalanan yang sebegini. ko orang sanggup ker?? well..tak da lah nak meminta-minta. tapi...atleast, kalau jalan yang menghubungi bandar dan kampung dibaiki, kami pun cukup-cukup bersyukur. ini tak, setiap kali nak balik kampung, terpaksa memikirkan risiko. jalan balak OK jer...jalan menuju ke kampung??? hampehhhh.  kalau kat semenanjung lagi berturap. ber-tar. jadi, siapa yang harus kita undi kalau begini ek?? kita undi orang yang boleh memperbaiki keadaan la weii...bukan yang omong-omong kosong. hishiiii....salahkan ku jangan salahkan ku...

i wonder, nanti kalau piliharan raya mode.. pemimpin2 yang berhati rakyat ni, jangan naik heli untuk pergi ke kampung-kampung. naiklah 4WD or Hilux yang merupakan pengangkutan utama penduduk or rakyat. kalau naik heli, depa tak tau kesusahan sebenar rakyat weiii... pasal apa rakyat semakin hari tak suka depa, pasal depa tak betul-betul merasakan apa yang rakyat rasa. marilah merasakan ketakutan rakyat sepanjang perjalanan pulang ke kampung....rasa was-was, weiii. dah sampai destinasi, memang bersyukur sangat. nak balik ke bandar semula, mula lagi rasa takut itu menguasai diri. sampai bila?? sampai bila??? aku tak tujukan luahan hati ini terhadap sesiapa, tapi berharap sangat-sangat PEMIMPIN yang BERJIWA RAKYAT  serta yang MENDAHULUKAN RAKYAT BERTINDAK seadil dan saksama yang mungkin.



No comments:

Post a Comment