semalam aku bermimpi. mimpi datuk aku repair umah. oh ya...actually, mendiang datuk aku. huhu. aku tak ingat yang dia dah pergi plak dalam mimpi aku semalam. kalau tak, boleh aku berbual-bual ngan dia. hadeiii. alkisah, dia nak buat bilik tido dan ruang tamu. banyak gak partition bilik dia set untuk buat bilik tido. aku ni plak, nak tolong ruang tamu. aku guna cat putih...masalahnya, bila aku cat dinding guna cat tadi, hasilnya ialah hitam. pelik gak aku. penat aku cover cat terdahulu menggunakan cat putih. tapi yang terjadi adalah hitam. pada asalnya, datuk aku telah tampal papan yang mempunyai ukiran-ukiran yang terdapat di perkuburan. sempat lagi aku melihat ukiran tersebut. ehhh datuk, ni lah reseach yang aku tengah aku buat. mana tau datuk ada pulak ukiran sebegini, kataku. datuk aku diam jer...dia sibuk pakukan dinding. hurmm...mimpi aku bersambung dan bersambung....sehingga lah kononnya aku nampak hantu air. rambutnya kemerah-merahan dan beruban. tapi dia tak nak tunjukkan muka. bila aku cakap kat kakak, dia kata; boleh minta luck tau, dengan hantu air tu. so aku pun cam eager mok pegi minta luck. tapi kakak aku kata lagi; jangan. nanti silap-silap dia bagi luck yang tak baik, seumur hidup menyesal. so, aku tak jadi nak jumpa hantu air tersebut. dalam hati aku siap terdetik lagi. "inilah yang dikatakan menjual jiwa atau roh kepada iblis untuk memperolehi kesenangan hidup. aku tak nak. aku tak sanggup". so, aku pun terjaga dek bingitnya jam loceng sang suami. hadoiii...tapi aku sambung tido balik. bermimpi lagi. aku pegi beli barang, barang yang murah tapi kena charge dengan harga tinggi. rupa-rupanya kawan aku telah mengambil barang lebih yang mana aku tak sedar dia ambik. gerammm gaklah. harga barang rm180 tapi aku cuma ada rm150 jer. terpaksa berhutang. haha...opss. berjaga lagi. suami baru selesai mandi. dan akhirnya aku pun bangun sambil mengingati mimpi-mimpi yang tah apa-apa hadir dalam tidurku.
aku memang dapat mengingati semula mimpiku...setiap kali selepas bermimpi aku refresh back. hurmm..tapi maknanya aku tak tau lah. cuma yang pasti, aku tak nak percaya pada mimpi tersebut. karut. but sometimes, mimpi aku selalu bertukar menjadi amaran or yang bakal aku akan lalui. apa-apa jer lah.
No comments:
Post a Comment