kesian my anak. memanglah tido dalam buaian apabila kerap dibuai. takkan nak kasi dia tido sampai petang tanpa makan nasi kot. kita yang dewasa ni pun pandai lapar. apatah lagi budak kecik cam my baby. mana tau nak cakap yang dia lapar. nangis jer lah..tapi dok syiokk tengok tv, tangan terus membuai yang lantasnya memaksa si kecik tido dalam keadaan perut kosong. hangin jer aku. "kejutkan budak tu..takkan nak biarkan dia tido dalam keadaan perut kosong jer kot?" aku separa menjerit dari dalam bilik. makin menjadi-jadi nih..tak suka. 3.21pm.
Wednesday, March 28, 2012
ayam kampong
pagi ni mrsd rasa Ok sikit setelah terjaga dari tido. semalam mrsd tido awal. pening kepala. nak tengok cerita jam 9pm pun tak leh. coz suami tengok cerita raja monyet tv8. hurmm..actually, kepala aku dah sakit pun. cuma cam nak kuatkan semangat duduk tercongok depan tv nak tengok liyana jasmay nyer lakonan. cam best bah..tapi terpaksa mengalah ngan laki. so, aku masuk bilik, bedebummm..terus tido. baby pula kat luar bermain dengan nanny. dalam jam 11++ suami masuk bilik tido. ditegurnya aku..hurmmm...malas aku nak layan. actually dia minta aku urutkan kepala dia. mungkin bila aku tak da response, dia tau la kot yang aku tak berapa sihat kepala otak aku ni. dia plak picit-picitkan kepala aku. rasa lega...tapi kejap jer. si baby masuk bilik. ditolaknya tangan ayah dia yang sedang memicit kepalaku. dipusingnya mukaku mengadap dia, terus cium-cium muka aku. hamboiii..sayangnya anak aku kat aku, bukan main lagi yer...jeles bah sebenarnya tu coz daddy dia kasi muka kat mommy. so, suami nak borak-borak pun aku tak layan langsung. dingin. bukan sengaja, tapi memang sangat sakit kepala. malas nak fikir. nak tido pun payah sebenarnya. tapi aku buat-buat pejamkan mata mencari mimpi.
pagi ni, bila rasa OK aku plan nak gi breakfast ngan suami plak kat kedai mamak tepi pejabat dia. makcik makan thosai kosong and teh O. lepas tu, gi Digi. potong smart plan digi internet makcik..dah tak nak dah bayo bulan rm 49 semata-mata untuk fb jer. kat umah pun dah ada broadband. as if fb sangat2 penting dalam hidup plak. ditambah dengan call n sms. naknya mencecah gak 100++ bill makcik. so, hari ni makcik tukar plan rm48 sebulan utk buat panggilan jer. pakai ke tak pakai ker, tetap rm48 juga kena. kecuali kalau terlebih rm48 tu, dia tambah charge cam biasala. tapi tak lah serugi aku melanggan digi plan. dah hp ada wifi, gi restoran ada wifi dah boleh online dah..apala gunanya bayo bulan2 rm49, tu kan?? hihi...lepas tu makcik gi ambank plak. gi check harga insurans n roadtax. owh-owhhh tak lama lagi due date suda wa punya roadtax ler...
dari ambank ke pendamar plak. gi beli ayam kampung segar u. pilih ayam, sembelih dan tetak depan mata. balik umah, makcik terus masukkan ayam tersebut ke dalam chicken steamer. nahhh...sekarang, makcik bolehlah makan sup ayam kampung yang dicampur dengan herba2 lebihan time beranak dulu. makcik kena buat cam gini utk restore energy makcik ni ha. setiap hari lembik tak bermaya. rasa tak best gituuu..mahal gak ayam kampung sekilo ek?? rm12. tadi makcik beli rm20.40 seekor. aku pun tak tau sangat apa khasiat ayam kampung ni..cuma bila nampak badan si ayam, ianya agak keding berbanding ayam daging la..hadadaaa...tak per lah. kata nak sihat, kan?? hehe...ayam bermacam jenis ayam.
geram betol
ni ha..makcik tengah bersemangat nak install adobe photoshop dan illustrator kat lappy makcik ni. ada ka pula si nanny datang bawa baby ke dalam bilik. dibiarnya si baby bergentayangan kat belakang aku yang membelakangkan budak tu. apa lagi..bedebup budak tu jatuh. panas jer hati ini. itu untuk kali pertama...kali keduanya, dia just cakap, jangan baby...nanti jatuh. budak tu, paham tak paham dia mana mengerti. mana la dia ingat jatuh tu sakit ke tak. betul-betul budak tu jatuh kali kedua. tersembam kat kotak yang bersebelahan dengan mrsd. fuhhhh...mrsd dah tak leh nak menahan hati dah. "ambik budak ni..aku ni tengah buat kerja", kataku keras. jarang sekali aku memarahi dia ni. selalu aku makan dalam jer...baru dia bawa si baby kuar dari bilik. ingat aku dok suka-suka kot ngadap lappy ni. selalu nak datang 'nyibuk' if aku ni buka facebook. tak suka sangatlah sikap cam ni...sometimes, tak da privacy langsung. lebi-lebi daaa....ishhhh. geram betolllll. kang pukul 2pm mula lah tercongok depan tv nonton puteri yang ditukar. bersambung sampai jam 7pm cerita anugerah.. tegur salah, tak tegur pun salah..gerammm dan fanassss!!! aku rasa aku dah cukup sabo dah ni. huhu..semalam aku kuar antar adik balik tempat dia. bila aku pulang, aku tanya. "dah bagi ubat kat baby ker?" selamba jer geleng kepala. belom. hangin tak hangin aku. takkan tiap kali aku nak pesan plak. now, 2.05pm. know what, anak aku belom makan lagi tu.... bukan lauk ke apa ker tak da dalam peti sejuk utk buat lauk kat baby. bagi pun bubur kosong jer...mana la budak tu nak makan. bila aku bagi dia makan kat luar, boleh habis sepinggan nasi orang dewasa dimakannya. dia boleh plak kata, "time dia nak, memang macam tu la dia makan." aku terus jer potong..."budak ni, kalau takda lauk, dia memang tak nak makan.". tapi diulang juga perkataan tu. hangin jer aku...macam dia tau segala-galanya plak. lawan towkey nihhhh!!!
Tuesday, March 27, 2012
aku penat mengidam!!
ya, terlupa nak dokumentasikan hal yang satu ni. mengidam. hadoiiiii lah. this second preggy sangat mengada-ngada. sebelum disahkan mengandung dah ngidam nak makan itu ini...teringat lagi ajak mrd gi makan Nandos kat jj bukit raja. ada sejarah plak kat situ, satu supermarket gelap gulita. maka makan dalam gelaplah kami. ishhh...tak cukup dengan itu, nak balitong pedas kat port klang. sambil makan balitong tersebut, sempat aku cerita kat nanny, siput ni lah yang aku nak sangat makan time aku ngandung si lolo. sampai termuntah kat tayar kereta. rupa-rupanya, aku mengajak hubby ke tempat kejadian merupakan ulangan bahawa si lolo pun bakalan dapat adik. hadeiii...kendian nak makan sejenis ikan di sarawak. ikan sungai yang dikenali sebagai "atuk lawek" or "masik lawek". yang ni....tak boleh termakbul langsung. aku suh bapa bawa dari sarawak, jarang pula orang dapat ikan berkenaan, katanya. bapa suh aku gantikan dengan ikan patin. hurmmm..tak teringin pun coz atuk lawek dalam ingatan. kemudian, nak makan bak kut teh....selagi tak menghirup kuah panas bak kut teh, selagi itu aku terasa-rasa. dan...hari ini, satu lagi makanan yang agak sukar aku dapati disini telah mengganggu ruangan minda aku ni. Nasi kerabu. owhhhh...sedapnya. kenapa agaknya ya, time ngandung...kita nak makan benda2 tertentu dan imaginasi ketika memakan benda tersebut sangat menyeronokkan, sedap dan harus untuk di telan. susahhh weiiii..i m sick of this kind of craving. kalu mudah dicari, tak per. ni...nak dapatkan kat mana ek???? dan ko orang nak tau...selagi tak makan menda tu, dalam hati terasa sangat kecewa, terkilan dan mudah terasa hati. ya...cuma aku tak tunjuk sangat kat suami. ye lah...mesti suami aku kata aku mengada-ngada nak itu nak ini. hakikatnya tidak...its come out of sudden, OK. tak di rancang. huhu....aku pun tak nak mengidam2 nih. dulu time si lolo, tak seteruk ini apa yang aku inginkan. relax jer...nak kenny rogers la...nak kfc lah...nak mcd lah...kan senang cari semuanya tu. bawaan budak....bawaan budak. sabar jer lah aku. huhu ni baru first semestar...how about second and third semestar nanti?? peninggggg3.
kalau beginilah gayanya
hurmmm...tajuk entry yang agak mengeluh. satu keluhan yang berat dan deras dilepaskan ketika mrsd terfikir apakah tajuk untuk entry kali ni. ya...dah jarang dah mrsd nak mengupdate mrsd nyer blog ni. uols tau la...ibu mengandung first semestar lah katakan. ada-ada jer yang tak kena pada tuan punya badan. sakit pening letih dan sebagainya. mrsd nyer lappy terdampar kelesuan di atas meja. sikit pun tak berjaya untuk menggoda mrsd untuk 'meraba-raba'nya. haha... pernah mrsd terbaca blog seseorang. mrsd terlupa blog yang mana satu, bahawa ada kalanya seorang ibu akan allergic pada lappy or pc. mungkin benar kot. coz mrsd pun terasa-rasa cam gitu gak. tak berminat langsung nak online pun. sesekali tu adalah. selebihnya, mrsd lebih banyak berbaring, kelesuan gitu. pening kepala yang tak sudah-sudah plus loya yang tak abis2. terlalu sensitive dengan bau-bauan persekitaran. last nite mrd suh mrsd masak mee goreng sedap. dah terbayang dah bau yang bakal menyelubungi seisi rumah. hadoiii..busuk sangat ker bau mee goreng sedap tu?? tanya sang suami. aku tak tau nak cakap apa. memang pelik juga deria hidu aku time ngandung2 ni. tu yang mrsd lebih banyak menyorok dalam bilik tido dari duduk kat ruang tamu. bau masakan jiran boleh menceroboh rumah kami. maka ueeekkk2 la aku. sampai satu ketika aku tak boleh nak hold aku nyer muntah, terblueeekkk kat verandah jiran. apodaaa....tu arr. sapa suh masak beriya sangat. busyuuukkk!!! though sebenarnya wangi, time aku tak ngandung la. heee
berbalik pada entry. kalau beginilah gayanya....nampaknya aku kena membuat perancangan keluarga 2-3 tahun lagi sebelum mendapat bb yang ke-3. coz niat di hati nak cukupkan korum 4. kali ni rasanya mrsd sangat penat. sangat pening. dan banyak sangatttttt.....sampai mrsd rasa, keseronokan preggy mula pudar. huhuhu....bukan bermaksud mrsd tak suka nak preggy tau. cuma 'side income' kepeningan dan kepenatan mengusung si kecik ni buatkan aku rasa agak tension..huhu...ko orang faham ker apa yang aku maksudkan ni. lagi-lagi aku tergolong dalam kod-merah(pada buku kehamilan). maksudnya, agak berisiko juga kandungan kali ni. cuma, aku berdoa, semoga yang baik-baik saja yang bakal aku lalui dan tempuhi sepanjang 9 bulan 10 hari membawa si kecik yang belum lagi menampakkan diri di screen scanning. hope u doing well, in there little darling. mommy cant wait to cuddle u and to kiss you!!
k lah. mrsd nak rehat dah ni. pening kepala dan sakit tengkuk. kalau la ada insan yang sudi memicit-micit bahu dan kaki mrsd ketika ini. ohhhh nikmatnya!!.....phiewwww.
Subscribe to:
Posts (Atom)