Friday, January 13, 2012

ambik batu timpa kepala sendiri

fuhh... semangat-semangat. kata hero selalu lambat yer??..hambiq ko punya hero. haha..bila dalam keadaan desperado dan mendambakan masa, kepala ini bagaikan menunggu sebijik batu menghempap tempurung kepala yang degil, yang tak serik-serik dan yang selamba cool kononnya ini...padahal separuh nyawa dah melayang.

aku tau, ari ni merupakan date line hantar draft thesis kat faculty. aku tinggal nak letak appendice dan bibliography jer lagi termasuk gak page number. ishhh..kacang, detik hati ku. semalam, aku buat keje...tapi separuh-separuh jer lah. kepala berdenyut. mengantuk gilerr...so aku tidokan diri di samping sang suami yang setia menemani diri ini sepanjang beberapa bulan ini dipejabat. 

pagi tadi terjaga dalam kejutan. ehh..pukul berapa sekarang?? hadoii..dahlah aku mimpi buruk. mimpi ibuku dan suamiku bergaduh. perang besar....entah apa yang buat mereka perang sampai nak hempuk2 katil. aisehhman..cuma yang aku ingat, ibuku berkata "ko kata, ko nak jaga anak aku. tengok apa yang ko buat kat dia?! emak tak suka anak emak diperlakukan sukati jer. kalau tak nak, bagi balik anak aku". fuyooo...marah sungguh emak. tak pernah aku lihat dia semarah itu sepanjang hidup ini. nasib baiklah mimpi semata-mata. Bila aku terjaga, suami pun ikut terjaga sama. teringat akan mimpiku..aku share kat suami. suami diam jer. tapi dialognyer aku tak cakap kat dia. takut dia tersinggung plak. hihi..dialog dalam mimpi bah tu. huhu...

kemudian pulang umah, mandi. and bawa myLolo gi klinik. tau jer lah..prosedure kat klinik kerajaan ni. terasa nak jer aku bagi tau, "cancel,lah. aku ada keje penting nak buat.". lastly...kuar dari klinik jam 12pm. hangin tak hangin aku. tapi tak apalah...atleast aku dalam keterdesakan, jalankan juga tanggungjawab aku sebagai ibu. aku kesian tengok si kecik aku kesakitan and kegatalan. kalau aku ditempat dia, mesti aku bising memanjang.

well, back to the story. kendian, i bawa we all lunch bersebelahan dengan kedai speedmart. oklah..makanan dia pasal we all serbu time panas2 lagi. sesudah makan, bb dan nelly aku hantar pulang. aku pecutkan kereta laju menuju ke opis laki aku. dalam kepala otak aku "alah..tak banyak lagi..senang jer pun...". haha..suami plak call. "mrsd, ada lori antar barang kat opis. tolong buka opis,ek?.". wooh...aku pun hangin gakkk..aku dahlah nak cepat. aku set, by the time 3pm aku dah gerak ke JO. perghhh...selesai kerja memunggah, lebih kurang jam 1 lebih. aku masih lagi berbisik dalam hati..sempat...sempat...so aku naik office. aku pecut mana yang nak buat. tetapi........bila aku transfer ke komputer suami. nahhhh...berteraburan setting lari. aku adjust lagi.

dan...aku semakin tidak keruan. angka 3, lepas. angka 4, lepas. angka 5. woahhh...lutut aku dah menggigil. tapi aku buat cool. aku tanpa segan silu  minta tolong suami masukkan 'lidah' chapter. dia pun cam blurr jer...lama lagi u guna kom i?? mak aihh....bengang siut dalam hati. tapi still i buat cool. "weii...aku ni nak hantar keje ni. ko boleh tolong tak?!!" kataku menahan geram. luckyly, dia sudi tolong. tapi aku ugut gak lah. "tadi ko minta tolong, aku tolong. sekarang aku minta tolong, nak mengeluh-ngeluh pula." hamboii..lancar jer bahasa kureng hasam keluar berdebuk dari mulut ini. haha..time2 cam gini, jangan dijolok sarang tebuan. kang kena sengattt tak pasal-pasal. 'kawan aku kata, baik akak minta tolong husband, suh husband tolong akak sekali'.  buduhhh. itu jawapan yang aku terima. kalu aku tak keje, siapa nak buat keje aku?, kata suami geram . ieyelahh... sebab tulah i tak pernah minta tolong ko pun. aku lalui sendiri. walaupun sibuk, aku bawakan juga anak ke klinik. tak sanggup tengok dia sakit, tak ada aku minta tolong ko. kecuali terdesaklah. cuma waktu malam terpaksa ajak ko temani diri ini dipejabat. pasal aku ni penakut. kalau tak takut, oh yeah...aku boleh jer duduk sorang2 kot. tapi aku pemalu. haha..sempat berdialog bikin hati panas sama suami. 

Tapi, aku faham keadaan suami aku. thats y aku tak demand pun..kalau bukan dia yang uruskan company ni..siapa lagi. kesian dia...jadi boss dan kuli dalam satu masa. bukan senang you...dahlah keje berat2 plak. angkat itu ini masuk kete, sampai kete pun dah uzur sekarang. siapa nak jawap tu?? huhu kalau orang lain, dah lama blah dah...bravo laki aku. nama pun DANIEL,kan?? seorang yang kuat dan macho!! i loike..hehem

dann...aku still gak kalut. ni nak gi binding lagi...sampai jo lebih kurang jam 7.30 or 8pm. office mesti dah tutup dah. aku mula terbayang masa depan aku. owhh tak sanggup aku. tapi hati kecil ini berkata, "setiap sesuatu ada penyelesaiannya. bersabarlah." dan yes. aku akur dengan bisikan hatiku. "hello..cik A, kat mana sekarang?" intro aku memang kurengg hasamm jugalah. "kat office." office Jo?, tebakku laju. iyer. eeii...cam mana ek, rasanya aku ni tak sempat nak menghantar kat jo sekarang lah. napa?? aku..bla bla bla...reasons.  owhh..ok. takper..hari isnin boleh hantar lagi.  pergghhh!! kepala ini bagai disiram air. syukurrrr!!!

nah...sekarang, aku ada dua hari untuk settle masalah aku. should be no problem on monday!!! suami plak..pot pet pot pet...pasal aku tak kemas meja dia. ialah...orang in hurry, bah. agak-agaklah. hadoii...pening pula kepala ni. tak sabar nak balik. malam ni tak nak turun opis. tak nak buat thesis. nak gaul ngan anak jer. esok jer aku full concentration. tak cukup tido buatkan aku layu dan akhirnya terkandas performanceku. huhu...

semangat mrsd!!!

No comments:

Post a Comment